Kementerian Pertanian Sumbang RM30,000 Kepada Mangsa Banjir Di Ampang



Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan agensi-agensi di bawahnya menghulurkan sumbangan bernilai RM30,000 kepada mangsa banjir di Lembah Jaya, Ampang, dekat sini, hari ini.

Menterinya Datuk Seri Noh Omar berkata sumbangan tersebut amat diperlukan oleh 400 buah keluarga mangsa banjir bagi membina semula kehidupan setelah banjir yang disifatkannya sebagai 'satu tsunami kecil' menenggelamkan rumah dan menyebabkan kerosakan teruk kepada kediaman mereka.

"Kami berharap dengan bantuan ini, ia dapat meringankan beban mangsa banjir di kawasan ini," katanya ketika melawat dan menyerahkan sumbangan kepada mangsa banjir di Kampung Lembah Jaya Utara di sini.
           
Noh, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, berkata sumbangan akan turut dihulurkan kepada mangsa banjir di kawasan Hulu Langat dalam masa terdekat memandangkan tempat tersebut paling teruk terjejas.

Banjir kilat di Lembah Klang itu pada Rabu lepas telah memaksa ribuan penduduk di Hulu Langat dan Ampang dipindahkan ke tujuh pusat pemindahan sementara berikutan air yang mencecahkan lebih kurang dua meter.
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

Post a Comment