Keselesaan, Kemudahan keberkesanan pembelajaran sentiasa jadi keutamaan kerajaan: Lajim


Kerajaan telah menyediakan banyak kemudahan untuk pendidikan yang terbaik supaya pelajar dapat mengikuti pengajian dengan berkesan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata , ini membuktikan kerajaan komited  membangunkan prasarana pendidkan khususnya  bagi memperkasakan mutu pendidikan negara bagi melahirkan modal insan yang berilmu pengetuhan  untuk  mangalas tanggungjawab membangunkan negara pada masa akan datang

"Kesungguhan serta pencapaian ini  membuktikan kejayaan kerajaan membangunkan prasarana pendidikan terbaik dengan menjadikan Malaysia hab pendidikan bertaraf dunia," katanya ketika berucap merasmikan seminar kecemerlangan pelajar SPM  2012 anjuran bersama Kumpulan Yayasan Sabah dan Pejabat Pelajaran  Daerah di dewan masyarakat dekat sini kemarin.

Bagaimanapun Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata, kesungguhan kerajaan ini tidak akan berbaloi tanpa adanya sokongan serta kerjasama dari semua pihak, sekolah,ibubapa dan yang paling penting ialah pelajar sendiri  yang perlu memiliki anjakan paradigma untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang.

"Sehebat manapun prasarana yang disediakan oleh kerajaan dengan pelbagai kemudahan dan bantuan yang disediakan ianya tidak akan bermakna jika pelajar tidak memilik kesungguhan untuk  mencapai tahap kecermalangan akademik mereka" katanya

Lajim turut  memuji usaha Yayasan  Sabah dan Pejabat Pelajaran daerah  yang menganjurkan program membabitkan pelajar sekolah menengah sebagai motivasi dan memantapkan azam mereka bagi mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

"Seseorang individu itu mampu berusaha untuk mencapai kecemerlangan melalui percambahan ilmu dan  motivasi " 
"Program itu secara langsung turut memberikan suntikan semangat juga menyediakan maklumat dan peluang kepada mereka dalam memilih bidang yang sesuai mengikut minat serta kelulusan yang mereka perolehi," katanya.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment