Krisis Pas Kedah : Silap Azizan Kerana Tidak Mahu Tunduk Perintah DAP, PKR


Krisis dalaman kerajaan Kedah pimpinan Datuk Seri Azizan Razak  nampaknya makin kusut walapun Pas pada dasarnya cuba menunjukkan krisis berkenaan hampir sampai ke penghujungnya.

Pelbagai pihak menimbulkan persoalan apakah krisis tersebut gara-gara sikap keras Azizan yang tidak tunduk dengan sekutunya DAP dan PKR atau terdapatnya permainan lain daripada luar yang cuba mencampuri urusan pentadbiran negeri berkenaan.

Apakah seandainya Azizan menuruti kehendak golongan berkenaan atau sekurang-kurangnya “beri muka” kepada DAP dan PKR, beliau akan selamat daripada percaturan yang cuba mejatuhkannya secara halus itu.

Bagi Exco Pemuda UMNO Malaysia yang juga Ketua Pemuda Alor Star, Datuk Zubir Zabidi melihat persoalan berkenaan ada kemungkinannya dan beliau enggan mengulas lebih mendalam perkara berkenaan.

“Apa pun saya penuh yakin sekiranya kedua-dua Exco yang enggan dilantik semula itu menerima jawatan selepas ini, penerimaan berkenaan adalah secara “paksa rela” dan krisis dalaman akan berterusan dan mungkin menjadi ”nanah” kelak.

“Dan saya juga melihat Azizan tidak akan selesa di kerusi Menteri Besar sebaliknya akan terus ditekan dan akan terus diasak daripada pelbagai penjuru oleh mereka yang berkepentingan. Saya tidak kata sesiapa cumanya renung-renungkanlah apa yang berlaku,” katanya di sini.

Pas  mengumumkan hari ini bahawa dua orang anggota exco kerajaan Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh, perlu menerima semula jawatan berkenaan.

Setiausaha agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, isu tersebut diputuskan demikian dalam mesyuarat khas di antara pemimpin berkenaan Sabtu lalu, termasuk bersama pesuruhjaya negeri itu, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Mesyuarat tertutup itu diadakan untuk membincangkan krisis dalaman parti itu di Kedah selepas mesyuarat khas Pas di Kuala Lumpur Khamis lalu gagal menemui jalan penyelesaian.

Zubir seterusnya menambah, rakyat Kedah perlu melihat dengan jelas bagaimana sebuah kerajaan yang terumbang-ambing dengan masalah kepimpinan bakal memberi impak dan kesan kepada mereka.

Justeru katanya adalah lebih baik rakyat negeri itu berfikir dengan sebaik mungkin selepas ini agar perkara yang sama tidak berulang dengan membuat pilihan yang sewajarnya untuk kepentingan mereka dan negeri Kedah itu sendiri.

“Bagaimana nak bela rakyat kalau asyik bergaduh sesama sendiri. Mana kepentingan rakyat yang seharusnya diutamakan dan bukannya kepentingan mana-mana individu atau pun parti. Rakyat perlu diutamakan,” katanya. -MediaUMNO
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment