Menyusuri Sungai Melaka ~ Melaka Bandaraya Bersejarah












Pertama sekali, ribuan terima kasih buat Bahagian Promosi Pelancongan Jabatan Ketua Menteri Melaka serta Ketua Menteri Melaka sendiri, Datuk Ali Rustam yang telah menjemput kami, sahabat-sahabat blogger untuk melihat sendiri pembangunan pelancongan di Melaka.

Negeri Melaka sememangnya dikenali sebagai salah sebuah destinasi pelancongan yang terunggul di Malaysia dengan keunikan warisan budayanya yang tersendiri, tempat-tempat bersejarah untuk dilawati dan pastinya makanannya yang begitu enak dan unik sekali.

Slogan Melaka iaitu Melawat Melaka Bersejarah Bererti Melawat Malaysia secara ringkas sudah dapat memberi gambaran apa yang dapat disajikan kepada pelancong oleh penduduk berbilang kaum di sini.

Kelainan ini meletakkan Negeri Melaka sebagai salah sebuah destinasi pelancong yang terbilang di Rantau Asia. Pada 7 Julai 2008, Melaka juga telah diikhtiraf oleh UNESCO sebagai sebuah Bandaraya Warisan Dunia dan kini dikenali sebagai "Melaka Bandaraya Warisan Dunia UNESCO".

Ini disokong dengan 12 Sub Sektor Pelancongan Negeri Melaka yang terkenal iaitu Pelancongan Sejarah, Pelancongan Budaya, Pelancongan Rekreasi, Pelancongan Sukan, Pelancongan Membeli-Belah, Pelancongan Konvensyen, Pelancongan kesihatan, Pelancongan Pendidikan, Pelancongan Agro, Pelancongan Makan-Makan, Pelancongan Melaka Rumah Keduaku dan Pelancongan Belia.

Tahniah MELAKA. Tahniah kepada semua rakyat serta mereka-mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pembangunan Melaka Bandaraya Bersejarah.

~ * ~

Sahabat-Gunung: Terima kasih juga buat sahabatku, Minaq-Jinggo kerana aku menggunakan semua pic dari blog ko untuk dimuatkan dalam Sahabat-Gunung memandangkan SG semalam tidak membawa kamera seperti biasa, Cuma membawa video cam, insya-Allah dalam masa terdekat….. perjalanan kami menyususi Sungai Melaka akan secara visual dimuatkan dalam masa terdekat.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment