“Negara Islam” Boleh Dilelong, Timbalan Presiden Apalah Sangat…


Jangan ler marah wahai puak-puak PAS, jika tajuk nie sakitkan hati korang…. Sungguh aku tidak berniat nak sakitkan hati korang tapi realitinya memang begitulah, dulu ‘Negara Islam’ korang dah lelong, sekarang jawatan Timbalan Presiden PAS pun korang nak jual …. Hehehehe.

Lepas melontarkan idea bahawa PAS bersedia menerima seorang Timbalan Presiden dari kalangan bukan Islam, hari nie khabarnya dalam akhbar Sinar Harian,  AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad kata kata-katanya disalah tafsir plak… Lantak ko lah Dzul ….

Tapi idea ‘bernas ini bukan sesuatu yang pelik dan bukan perkara yang menghairankan kerana selama ini pun Pas hanya berdiam diri membiarkan sekutunya daripada DAP membacakan ayat-ayat Allah di pentas ceramah.
Justeru kesediaan yang dilontarkan oleh Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad dalam responsnya bahawa parti itu bersedia menerima seorang Timbalan Presiden Pas daripada kalangan bukan Islam tidak mengejutkan, kata bekas AJK Dewan Ulama Pas Pusat, Prof Madya Mohd Noor Deris.
Tambahnya, tindak-tanduk Pas hari ini yang nampak ke arah yang lebih liberal memungkinkan apa yang dilontarkan oleh Dr Dzulkifly Ahmad itu bakal menjadi kenyataan satu hari nanti.
“Yerlah…kalau dah ‘nawaitunya’ hanya mahu ke Putrajaya bersama PKR dan DAP, sudah tentunya mereka akan sanggup melakukan apa sahaja walaupun pada logik akal manusia yang waras, sukar untuk diterima.
“Lagipun Negara Islam sudah tidak dipalu lagi oleh para pemimpin Pas…Yang kita dengar paluan kompang mereka adalah tumbangkan BN dan menuju ke Putrajaya. Itu sahaja yang kita didendangkan dalam mana-mana ceramah. Maklumlah PRU pun dah makin hampir,” katanya.
Kelmarin, Dzulkefly membuat kenyataan itu ketika menjadi panel dalam Wacana Sinar Siri Ke-11 bertajuk ‘Mengapa Undi Melayu Pecah?’ sekiranya ia satu keperluan dan ada tuntutan seperti yang dilakukan parti Ikhwanul Muslimin di Mesir.
Prof  Mohd Noor seterusnya menegaskan Pas hari ini benar-benar telah berubah dan tidak lagi seperti dulu kerana sikap dan tamaknya mereka kepada kuasa dan kepentingan politik semata-mata.
Tambahnya pemimpin Pas yang ada hari ini seolah-olah tidak lagi berpegang kepada yang benar kerana terikut-ikut dengan rentak nafsu sekutunya DAP dan PKR yang dilihat begitu ghairah menawan Putrajaya.
“Orang kalau dah ‘nawaitunya’ tidak betul, kenapa perlu kita bersama dengan mereka dan rakyat khususnya umat Islam perlu melihat dan menilai dengan jelas permainan politik Pas yang umpama lalang.
“Bukankah Pas laungannya untuk Islam…sebab itu saya sebutkan tadi kalau berpaksikan kepada akal orang yang waras, tidak akan timbul perkara sedemikian rupa kerana ianya dilihat bertentangan dengan apa yang Pas bawa,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment