Penglibatan badan-badan asing dalam pakatan pembangkang khususnya Anwar Ibrahim dah lama berlaku. Siapa Badan Asing tu YB? |
“Penglibatan badan-badan asing dalam pakatan pembangkang khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dah lama berlaku sebab saya sendiri ketika bertindak sebagai peguam dia pun, kita menerima bantuan asing. Kita menerima input, khidmat nasihat dan lain-lain daripada pihak luar dan sebagai wakil rakyat sendiri pun banyak program-program yang dianjurkan pihak asing ini,” ujar Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin ketika ditemui di Parlimen pagi tadi.
Tambahnya, beliau tidak terperanjat dengan perkara ini, kerana
memang sudah berlaku dalam PKR, di pejabat Anwar Ibrahim sendiri penglibatan
badan-badan asing ini.
Dalam masa yang sama, Zulkifli Noordin mengakui PKR memberikan
tiap-tiap calon, samaada calon atau parti yang bertanding di satu-satu kawasan
yang ditandingi bantuan kewangan untuk menjayakan kempen Pilihan Raya Umum
ke-12.
“Di Parlimen Kulim Bandar Baharu sendiri, Bahagian Kulim Bandar
Baharu diberikan RM15 ribu peruntukan untuk
menjayakan kempen Pilihan Raya Umum ke-12.
Saya tidak menafikan memang kita menerima bantuan asing, kita
menerima latihan dari NGO asing ini, bagaimana nak berkempen, kita nak berjumpa
dengan orang ramai macammana, sampai saya sendiri ketika kita nak menganjurkan
demostrasi contohnya, saya dihantar berkursus di Viena, di Filipina, bagaimana
nak berdemo, ini semua memang tajaan badan-badan asing ini, itu semua orang dah
tahu” ujarnya yang menang kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu atas tiket Parti
Keadilan Rakyat.
Tambahnya, penglibatan badan-badan asing ini ghairah untuk melihat
kejatuhan kerajaan (Kerajaan BN) yang sedia ada sekarang ini kerana mereka
mempunyai agenda sendiri di rantau Asia ini untuk memenuhi nafsu pihak-pihak
tertentu.
“Yang itu kita sedar sekarang ini dan itulah sebabnya saya dan
rakan-rakan Ahli Parlimen bebas mengambil sikap menentang mereka (Pakatan
Pembangkang) sekarang ini, kerana banyak benda yang kita tahu yang dilakukan, boleh
merosakkan Negara kita,” tambahnya lagi.
Sumber: UMNO-Online
Sumber: UMNO-Online
0 Komen