PAS Parti Yang Terpesong Jika Berdiam Diri Isu Moral Pemimpin



Jika Pas mengambil sikap berdiam diri berhubung isu mana-mana pemimpin yang didakwa mempunyai masalah moral, jelas sekali menunjukkan parti itu telah terpesong jauh dalam menyatakan kebenaran, kata bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari.
           
Beliau berkata isu tersebut merupakan permasalahan ummah yang memerlukan ilmuwan Islam bersuara bagi menjelaskan keadaan. 
           
Katanya Pas juga perlu memberikan penjelasan jika mereka mengambil tindakan berdiam diri.
           
"Penting bagi Pas untuk menjelaskan kenapa mereka berdiam diri.

"Adakah kerana ia melibatkan rakan-rakan mereka? Adakah juga kerana Pas lebih mementingkan undi untuk diraih berbanding dengan menyatakan kebenaran," katanya..

Semalam, Anuar telah meminta mana-mana ilmuwan Islam termasuk Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberikan penjelasan berhubung persoalan yang sama berikutan isu itu didakwa menjadi satu tanda tanya di kalangan umat Islam di negara ini.

Katanya isu itu perlu diberikan penjelasan bagi mengelakkan kekeliruan di
kalangan umat Islam berikutan pada masa ini telah wujud aliran pemikiran yang meremehkan persoalan akhlak.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment