PAT GPMS Jun 2012…. Mengapa Awal?


Jika sebelum ini, aku ada menulis artikel mengenai pemilihan GPMS yang dijadualkan pada Jun 2012 nie …. Yer, walaupun aku tidak lagi duk bersama dalam GPMS namun semangat GPMS memang dah bersemadi dalam diri aku…

Okey, berbalik pada PAT (Persidangan Agung Tahunan) GPMS, aku heran gak mengapa kali nie PAT akan diadakan awal? Sedangkan kebiasaannya akan diadakan pada hujung tahun.

Mungkinkah kerana factor usia? Kerana beberapa orang penting dalam GPMS dikatakan akan ‘habis umur belia’ selepas Jun 2012 dan ini akan merugikan gerakan GPMS untuk penggal yang akan dating.

Mengapa? Dah tak percaya pada kepimpinan anak muda ker sebagaimana yang dilaung-laungkan ketika GPMS mula mengambil keputusan untuk duduk di bawah Akta Belia (ROY).

Kalau rasa anak muda tak mampu memberikan sinar kepada GPMS, mengapa tidak keluar Akta Belia dan kembali kepada Akta Pertubuhan (ROS).

Pada pandangan aku, GPMS sebagai pertubuhan yang berjuang atas dasar pendidikan anak Melayu tidak harus terikat dengan Akta Belia, sekaligus menafikan penglibatan abang-abang tua dalam GPMS yang sekian lama menabur bakti dan jasa bersama GPMS.

Takpe, aku yakin dengan kepimpinan GPMS hari nie untuk mencorak hala tuju perjuangannya demi meneruskan perjuangan Allahyarham Aminuddin Baki. 

Sambungannya: Naib Presiden GPMS…. Siapa Yang Berminat?

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment