Pemuda UMNO Terengganu Bersedia Mempertahankan Terengganu


Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Terengganu berjaya mendaftarkan hampir 90,000 pengundi baru di kalangan belia di seluruh negeri itu.

Ketuanya, Saiful Bahari Baharuddin berkata, jumlah pendaftaran itu merupakan angka tertinggi yang pernah didaftarkan pergerakan itu. Perkembangan positif ini seolah-olah memberi gambaran awal bahawa Barisan Nasional mampu menang selesa dalam PRU-13 kelak.

“Kita yakin UMNO dan BN mampu mempertahankan negeri Terengganu daripada jatuh ke tangan pembangkang kerana rakyat mula mempercayai apa yang kita laksanakan.

Semua jentera parti khususnya Pemuda di 32 DUN sudah lama menyusun gerak kerja bagi menghadapi pilihan raya yang dijangka akan diadakan dalam tempoh terdekat ini,” ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Ujarnya lagi, Pemuda UMNO lagi kini sedang giat menggempur di seluruh kawasan bagi mengesan setiap masalah rakyat, selain meyakinkan mereka bahawa UMNO dan BN adalah parti yang mampu membela nasib rakyat.

“Kita atur gerak kerja mengikut peti undi. Kita turun berjumpa dengan rakyat sehingga ke akar umbi, kita mahu mendengar keluhan mereka dan akan cuba menghulurkan bantuan apa yang termampu.

“Selain itu, kita juga sentiasa mengutamakan daftar pengundi bagi memastikan bilangan pengundi baru pro-BN sentiasa bertambah dan ianya sudah pasti membantu kita untuk kekal di Terengganu,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Marang.

Dalam masa yang sama, pembangkang sering menabur fitnah terhadap UMNO dan ini membuatkan rakyat keliru. Tugas kita adalah untuk menerangkan kepada rakyat kedudukan yang sebenar.

“Kita tidak mahu rakyat terus tertipu dengan pembangkang yang sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat berkuasa. Selepas itu, nasib rakyat tidak terbela. Sejak BN mentadbir negeri Terengganu, dapat dilihat kehidupan rakyat semakin selesa.

Selaku sayap parti, kita akan membantu sebaik mungkin untuk memastikan UMNO dan BN sentiasa menjadi pilihan rakyat. Walau apapun yang pembangkang fitnah, kita akan terus meyakinkan rakyat Terengganu bahawa kita adalah pilihan yang terbaik,” katanya.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.