Projek Kroni, Skandal Pasir, Masalah Sampah.. Selangor Makin Rosak Teruk


Belum pun selesai isu skandal projek pasir, penjualan asset Yayasan Selangor, masalah sampah, isu murtad dan pelbagai lagi rakyat digemparkan lagi dengan isu pemberian projek secara rundingan terus dan bukan tender bernilai RM250 juta oleh kerajaan pakatan pembangkang di Selangor sejak 2008.

Pengarang portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin ketika mendedahkan perkara ini berkata beliau mempunyai butiran kontrak seperti nombor dan tarikh kontrak serta nama syarikat terbabit.

Katanya, tindakan itu dilakukan berikutan sikap pembangkang yang selalu minta bukti atas dakwaannya, tetapi tidak berbuat demikian apabila mereka sendiri membuat tuduhan terhadap UMNO atau Barisan Nasional (BN), seolah-olah dakwaan itu 100 peratus benar.

Mengulas perkara tersebut Presiden NGO 4Justice, Anuar Basiran berkata pendedahan penyelewengan demi penyelewengan yang dilakukan kerajaan negeri di bawah pakatan pembangkang menunjukkan pentadbiran mereka bukan saja gagal malah semakin rosak teruk.

Ternyata tegasnya laungan kononnya pentadbiran pakatan pembangkang mengamalkan konsep telus, bersih dan adil hanyalah satu pembohongan besar kepada rakyat.

“Inilah padahnya bila melantik penasihat ekonomi murahan yang bernilai RM1 dan hasilnya juga setaraf dengan harga yang dibayar.  Yang menanggung beban sudah pasti rakyat negeri ini yang sebelum ini terpedaya dengan pelbagai janji manis yang ditaburkan.

“Tidak sampai empat tahun memerintah sudah begitu banyak kerosakan dilakukan… bayangkan kalau pakatan pembangkang ini diberi masa lebih lama memerintah, kita tidak tahu apa lagi yang tinggal di negeri  ini”, ujarnya.

Justeru beliau menggesa kepimpinan pakatan pembangkang di negeri ini terutama Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim segera tampil memberi penjelasan bukan sekadar retorik kosong yang berputar belit.

Tambah beliau lagi kalau dulu negeri Selangor terkenal sebagai negeri maju kini imej Selangor sudah merudum dengan pelbagai gelaran yang diberikan seperti negeri berlubang-lubang (aktiviti mengorek pasir yang berleluasa), negeri rumah urut, negeri sampah dan pelbagai lagi.

“Ini memalukan rakyat Selangor.  Kita pasti rakyat negeri ini mahukan penjelasan yang konkrit bukan sekadar penafian semata-mata.

“Sudahlah mereka (pakatan pembangkang) rosakkan negeri, mereka bukan saja tidak pernah mahu mohon maaf kepada rakyat sebaliknya suka menuding jari kepada orang lain.  Tindakan mereka ini memang sudah cukup memualkan”, ujarnya.

Justeru beliau mengajak rakyat Selangor untuk bangkit menyelamatkan negeri ini dari terus dirosakkaPrn oleh tangan-tangan pemimpin yang diibaratkan seperti lagak “ayam yang berkokok berderai-derai tapi ekor penuh tahi” pada pilihanraya umum akan datang.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment