PRU13: Hanya Parti HAPRAK Kita Tolak


Hari nie genaplah 4 tahun tsunami politik melanda Negara. 8 Mac 2008 memberi kesan yang cukup nyata bukan sahaja kepada BN yang gagal mendapat majoriti 2/3 di Dewan Rakyat, malah hilang 5 buah negeri, Selangor, Kedah, Perak, Penang selain Kelantan dah dah sekian lama di bawah pentadbiran PAS dan Wilayah Persekutuan yang BN hanya menang 3 parlimen – Putrajaya, Setiawangsa dan WP Labuan…. Sebelum Perak kembali kepada BN setahun selepas 8 Mac 2008.


Begitu juga kesan kepada PR- mereka yang hakikatnya tidak yakin dengan kejayaan mereka menakluk beberapa buah negeri- akhirnya terpaksa mencekup mana yang ada untuk menduduki kerusi MB dan exco kerajaan negeri yang akhirnya menjadikan mereka kerajaan yang kelam-kabut sehingga akhirnya kini, gelaran yang wajar diberikan kepada mereka bukanlah Pakatan Rakyat sebaliknya HAPRAK.

Kini, selepas 4 tahun mimpi ngeri melanda politik Malaysia – selain di war-warkan di seluruh  Negara bahawa Malaysia di ambang PRU-13, sudah tiba masanya untuk kita rakyat Malaysia menolak HAPRAK (Hanya Pakatan Rakyat) pada PRU-13 nanti….

Cukup-cukuplah kita bagi peluang kepada pakatan HAPRAK ini mentadbir 4 buah negeri, sudah tiba masa rakyat harus menjelma dan menterjemahkan semula sokongan kepada BN yang terbukti memBela Rakyat selama ini….. Insya-Allah, berikanlah sokongan dan peluang seterusnya kepada Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin serta BN untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik dan membela Rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa serta fahaman politik masing-masing.

Setia Bersama Barisan Nasional
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment