Rakyat Keliru - Siapa Menteri Besar Selangor ?



Sumber: KitaGempur

Musibah menimpa rakyat Selangor !

Minggu lepas seluruh Malaysia dikejutkan dengan musibah yang menimpa beberapa negeri. Di luar musim tengkujuh, hujan turun dengan lebat dan berpanjangan mengakibatkan bah banjir di beberapa negeri di Selangor, Kedah, Perlis dan Perak.

Di Selangor agak mengejutkan kerana banjir kilat adalah sesuatu perkara yang biasa jika berlaku di Bandaraya Kuala Lumpur. Namun, agak luar biasa bila berlaku di kawasan Ampang dan Langat bila yang terjadi adalah bah dan bukan banjir kilat.

Tahun lepas, kawasan Kajang mendapat kejutan apabila banjir kilat besar berlaku umpama mini Tsunami. Tahun ini pula, kawasan yang dikirakan selamat dari bah telah dilanda banjir besar dan mengakibatkan seluruh kawasan mendapat kerosakan major.

Aku agak terkejut kerana kawasan Ampang adalah tempat dimana aku pernah bermastautin selama lebih 10 tahun dan sepanjang tempoh itu, belum pernah lagi berlaku kejadian umpama ini. Semua ini kuasa Allah. Mungkin ini merupakan satu "signal" daripada yang Esa dan ujian buat hambanya.

Apa yang ingin aku utarakan disini bukanlah tentang banjir sahaja, tetapi keprihatinan pihak berwajib. Rata-rata rakyat Selangor keliru bilamana yang datang memberikan bantuan kecemasan kepada mangsa banjir ini bukanlah dari pihak Kerajaan Selangor.

Ada yang tertanya-tanya, SIAPA SEBENARNYA MENTERI BESAR SELANGOR ? Dato' Sri Noh Omar atau Khalid Gagap ?

Disini aku buktikan kenapa timbul keraguan dari penduduk mangsa banjir ini bilamana yang prihatin adalah dari Noh dan jentera Barisan Nasional Selangor bersama Skuad Prihatin Gerakan Belia 4B Malaysia yang diketuai sendiri oleh Presiden Belia 4B Malaysia, Saudara Mua'mar Ghadafi.



Aku cuba mencari-cari kalau ada muka Khalid Gagap dan regimn nya didalam gambar ni. Tapi aku tak nampak pula. Kalau korang nampak, tolong bagitau aku.

Apa yang pasti, mangsa banjir kecewa dengan Kerajaan Negeri Selangor yang lepas tangan membantu mangsa banjir ketika rakyat ini perlu untuk didekati.

Mungkinkah Khalid Gagap & Co merasakan membantu mangsa banjir ini tidak memberikan keuntungan maka ianya menjadi tidak penting dalam jadual Kerajaan Negeri Selangor.

Mungkin kerana tiada imbuhan dan pulangan lumayan seperti BUSINESS PASIR atau BUSINESS JUAL BELI KHAZANAH SELANGOR, maka mangsa banjir tidak perlu menjadi agenda Pakatan Haram Jadah di Selangor !

Apa pun, persoalan rakyat ini amat lucu pada aku dan perlu untuk kita fikirkan bersama : SIAPA MENTERI BESAR SELANGOR.. NOH ATAU KHALID ????

Tags: , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    11:16 AM

    rakyat akan ingat siapa yang membantu... undi lar mereka yang prihatin... pembangkang sibuk untuk mencari kekayaan diri sendiri... tolak pakatan rakyat...

Post a Comment