Samanlah ! Jika Tidak PAS Memang Parti Ajaran Sesat- Pok Li


Perjuangan PAS kini tersasar jauh daripada perjuangan Islam Sebenar.
PAS disifatkan sebagai "Parti Ajaran Sesat" - Ahmad Said

Jika melihat perkembangan isu-isu semasa sejak akhir-akhir ini, PAS kini sudah hilang matlamat dan hala tujunya. Bersiri-siri masalah yang menimpanya malah perpaduan dalam PAS walaupun tidak diketahui secara dalaman, mereka kini telah berpecah-belah bukan sahaja di peringkat negeri, malah di peringkat akar umbi, ujar Ketua UMNO Bahagian Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan.

“Baru-baru ini apabila Menteri Besar selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ahmad Said bahawa PAS sudah sampai ke tahap sebuah parti ajaran sesat, kita Nampak ada pemimpin-pemimpin PAS sendiri nak saman dan hantar memorandum ke pejabat Agama, janji dulu nak saman MB dalam masa seminggu, sekarang ini dah sebulan lebih.

Dato' Rosli Mat Hassan
Ketua UMNO Bahagian Dungun
Saya rasa sebagai pemimpin parti, pemimpin-pemimpin PAS sepatutnya mengambil tindakan menyaman Menteri Besar. Bila nak saman? Kalau tak saman memang benarlah orang ramai mengatakan bahawa PAS ini merupakan sebuah parti ajaran sesat,” ujarnya, semalam.

Ujarnya yang lebih mesra dengan panggilan Pok Li turut melihat PAS sebuah parti yang sering berubah-ubah kerana menurutnya PAS dari tahun 60-an sehingga tahun 1980, berjuang kerana orang Melayu, agama Islam dan kerana tanahair.

Kemudian pada tahun 80-an, PAS berjuang untuk membina sebuah Negara Islam sehingga menarik pengaruh dan sokongan rakyat khususnya di negeri Terengganu ini.

“Sekarang, mereka berubah balik menjadi sebuah `Negara Berkebajikan’. Ini sendiri mempamerkan bahawa hala tuju, falsafah dan matlamat perjuangan PAS itu sendiri, bolehlah kita katakan sebagai sebuah perjuangan yang agak sesat.

Yang dia tuduh UMNO macam-macam, kita tak ambil tindakan pun. Inilah keadaan pemimpin-pemimpin PAS yang telah terkeluar daripada asas-asas perjuangan PAS itu sendiri. PAS sebenarnya sebuah parti yang saya rasa gagal menyempurnakan harapan rakyat,” ujarnya yang juga Pengarah Strategi UMNO negeri Terengganu.

Ujarnya lagi, jika dilihat ketika pemerintahan PAS di Terengganu pada tahun 1999 sehingga 2004, manifesto PAS sebelum berjaya menawan Terengganu ada 64 perkara namun hanya 3 perkara yang mereka laksanakan.

“Mana pergi 60 perkara lagi? PAS di Terengganu di bawah pentadbiran Haji Hadi memang gagal. Itu yang menyebabkan BN menang besar pada tahun 2004 sebab rakyat tidak lagi yakin kepada PAS.

Tahun 2008, walaupun berlaku sedikit tsunami politik di seluruh Negara, namun Terengganu masih mempertahankan 24 kerusi DUN, lebih 2/3 di Dewan Undangan Negeri Terengganu. Program Harapan Rakyat yang dilakukan pada sesi 2004-2008 oleh Datuk Idris dan rakan-rakan lain dalam parti, telah memenuhi hasrat rakyat untuk memastikan keselamatan dan keselesaan rakyat Terengganu terus terpelihara,” tambahnya lagi.

Sehubungan dengan itu, kepada rakyat Terengganu sekali lagi disandarkan harapan besar untuk terus memastikan Terengganu sebagai sebuah ‘Negeri Biru’ untuk menjamin lebih banyak kejayaan dan pembangunan kepada rakyat dapat dilaksanakan oleh BN di negeri Terengganu. 
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment