Skim Saraan Baru Perkhimatan Awam (SBPA)- Di Sebalik Pembatalannya ....



Sebelum puak pembangkang spin macam-macam pasal pembatalan SBPA ni baik saya tulis dahulu. 

Sebenarnya pembatalan SBPA telah menggagalkan usaha kerajaan untuk menambahbaik mutu perkhidmatan awam Malaysia. Tidak dapat dinafikan bahawa perkhidmatan awam di Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia terutama jika di bandingan dengan perlhidmatan awam negara-negara sedang membangun. Walau pun begitu, bukan bermakna bahawa perkhidmatan ini tak boleh di pertingkatkan lagi mutunya terutama sebagai perlaksana dasar kerajaan bagi negara menuju status negara maju menjelang tahun 2020.

Antara yang perlu diubah ialah kaedah “hire and fire” yang berlandaskan kepada prestasi tahunan. Mana-mana kakitanga kerajaan yang gagal mencapai tahap prestasi minima akan dengan mudah di ambil tindakan sehingga boleh di berhentikan kerja jika masih gagal meningkatkan prestatsi selepas di berikan nasihat dan peluang ke-2. Jika ini dapat dilaksanakanakan maka akan kuranglah “dead woods” yang terapong-apaong dalam perlkhidmatan awam selama ini. SBPA ini diharap dapat membuatkan kakitangan lain lebih bermotivasi untuk memperbaiaki prestatsi diri setiap tahun. 

Selain itu sistem penilaian prestasi SBPA juga telah di buat sebegitu rupa sehingga membolehkan kakitangan bawahan untuk menilai prestatsi pegawai atasan mereka. Sebelum ini kebanyakan laporan prestasi hanyalah bersifat “top down”. Dari pengalaman saya bercampur dengan rakan-rakan yang berkhidmat dalam JUSA C ke atas sejak awal tahun ini, saya dapati mereka-mereka ini sekarang lebih “friendly” dengan kakitangan bawahan. Mana taknya kerana markah dari kakitangan bawahan ini juga akan di ambilkira dalam penilaian prestasi tahunan pegawai-pegawai tersebut. Itulah yang dapat saya lihat perubahan positif yang ketara jika SBPA ini berjaya dilaksanakan.

Tapi sayang seribu kali sayang, cara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melaksanakan sistem SBPA ini didapati kurang professional. Dalam melakukan proses pembaharuan, pihak JPA sepatutnya memberikan penerangan yang secukupnya kepada semua kakitangan yang terlibat. Persetujuan majoriti perlu diambilkira. Paling malang saya lihat, CEUPACS sebagai badan induk kesatuan sekerja bagi kakitangan awam telah di ketepikan dalam proses perancangan atau sekurang-kurang tidak dimaklumkan dengan sepenuhnya. Maka berlakulah kelam kabut apabila PM mengumumkan tentang perlaksanaan SBPA ini tempoh hari. 

Apabila diteliti secara mendalam skil gaji baru dalam SBPA, maka di dapati pula bahawa kakitangan JUSA C keatas telah diberikan keistimewaan kenaikan gaji yang amat lumayan. Bayangkan Ketua Setiausaha Negara (KSN) akan dibayar gaji bersih lebihkurang RM50,000.00 sebulan. Ini tidak termasuk lain-lain elaun. Sedangkan kakitangan kerajaan berpangkat paling bawah hanya di katakan mendapat keniakan setakat RM80.00 sahaja sebulan. Apabila berita ini tersebar, maka marahlah majoriti kakitanagan kerajaan dan CEUPACS sendiri telah dihujani dengan berbagai maklumbalas negatif dari ahli-ahlinya. Oleh itu tak hairanlah YAB DS Najib terpaksa membatalkan perlaksanaan SBPA ini.

What a big blunder, JPA. Tenaga, wang ringgit dan masa terbuang begitu sahaja tanpa hasil yang diharap-harapkan. DS Najib sebagai ketua kerajaan dan Pengerusi BN pula terpaksa mengambil langkah berani untuk mengelakkan keadaan dari menjadi bertambah buruk. Saya percaya, apa yang berlaku mungkin akan dapat di elakkan jika kita mempunyai JPA yang lebih professional dalam melaksanakan amanah ini.

Atas dasar mahu memperbaiki mutu prestasi perkhidmatan awam, maka tindakan disiplin perlu di ambil jika terdapat mana-mana pegawai yang didapati kurang cekap dalam mengendalikan perlaksanaan SBPA sehingga ianya terpaksa pula dibatalkan akhirnya. 

Yaziz Yunus
UnclearEngineer
(ex-civil servant)
Tags: , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment