Shahrizat Resign?


Wanita UMNO merupakan tulang belakang UMNO dan Barisan Nasional. Jangan layankan sangat spekulasi yang dimainkan pihak pembangkang khususnya rafizi & Zuraidah Mak Lampir yang mahu Wanita UMNO lemah dan boikot BN pada PRU13 nie .....


Sape yang kata Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Jalil meletakkan jawatan?

Kalau betul Shahrizat letak jawatan, pihak-pihak yang mengatakan berita tersebut, sila buktikan apa-apa surat atau dokumen bahawa Shahrizat letak jawatan.

Hari ini, Setiausaha Agung UMNO sendiri, DS Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan bahawa pihaknya telah menerima surat perletakan jawatan DS Shahrizat Abdul Jalil sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO. (Sila baca di sini)

"Tiada... tiada (surat perletakan jawatan) setahu saya. Saya ada bercakap dengan Shahrizat pada Isnin lepas tetapi kandungan tak boleh cakap (dedah)," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Mini Karnival Puteri UMNO di Presint 9, Putrajaya hari ini.
           
Isu perletakan jawatan Shahrizat sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Ketua Pergerakan Wanita Umno timbul apabila beliau dikaitkan dengan isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) yang diterajui suaminya Datuk Seri Dr Mohamed Salleh Ismail yang terbabit dalam projek lembu daging di Gemas, Negeri Sembilan.

Sehubungan dengan itu, tak perlulah mana-mana pihak khususnya dalam UMNO dan BN sendiri yang menjadi tukang sebar berita-berita yang tidak benar mengenai Shahrizat.

Jangan layankan sangat puak-puak pembangkang tu khususnya si Rafizi dan Mak Lampir Ampang yang sehingga kini tidak menampakkan batang hidungnya melawat pengundi-pengundinya di Kg Lembah Jaya yang dilanda banjir teruk baru-baru ini.

Mereka sengaja nak melemahkan Wanita memandangkan Wanita UMNO dan Wanita BN merupakan tulang belakang BN khususnya untuk PRU13 nie. 
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.