Kerajaan negeri Selangor hanya bersandiwara dengan meminta
Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) untuk menyiasat skandal perlombongan pasir
negeri, kata MCA Selangor.
Setiausaha Jawatankuasa Perhubungan MCA Negeri Wong Koon Mun
berkata tidak mempunyai kuasa dan siasatan terhadap skandal itu tidak akan
menyelesaikan masalah.
"Memandangkan kerajaan negeri tidak dapat menyelesaikan isu
kecurian pasir, mereka hanya bersandiwara dengan meminta Selcat, yang tidak
mempunyai kuasa, untuk menyiasat supaya orang ramai akan berfikir bahawa mereka
serius dalam isu ini.
"Selain itu, mereka meletakkan tanggungjawab itu kepada saksi
dengan mendakwa bahawa mereka tidak hadir dan enggan membantu pendengaran
Selcat dan kemudiannya menggunakan alasan bahawa mereka tidak mempunyai bukti sebagai
satu usaha untuk menutup perkara itu," katanya dalam satu kenyataan di
sini, hari ini.
Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kuala Kubu
Baru juga berkata kerajaan negeri tidak menyiasat isu itu malah selepas mereka
menerima aduan.
"Laporan Ketua Audit Negara 2009, melaporkan bahawa kes
kecurian pasir menjadi serius dan selepas Kuala Semesta Sdn Bhd (KSSB) mengambil
alih, satu juta tan pasir dicuri.
"Ini bersamaan dengan RM1.82 juta dalam bentuk cukai," katanya.
Beliau mencabar kerajaan negeri supaya membuktikan Akta Kebebasan Maklumatnya
adalah sah dengan membuka laporan kewangan dan audit anak-anak syarikat
kerajaan negeri termasuk KSSB dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
0 Komen