Undi Kaum India Tidak Perlu, Pemimpin PKR Lupa Diri… Tunggu PRU 13!!



Kenyataan Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul bahawa pakatan pembangkang  mampu mengekalkan kuasa di Kedah tanpa sokongan kaum India adalah suatu penghinaan terhadap pengundi kaum berkenaan yang memberi sokongan kepada mereka sehingga berjaya menawan beberapa negeri pada pilihan raya 2008.

Ahli Parlimen Padang Serai yang juga bekas pemimpin PKR, P Gobalakrisnan menyifatkan kenyataan Johari sebagai seorang pemimpin yang bongkak dan lupa daratan sehingga sanggup menghina penyokong dan pengundi pakatan pembangkang.

“Sebagai sebuah negara demokrasi, setiap undi adalah tanpa mengira kaum, agama dan keturunan,  Johari sebenarnya lupa bahawa kawasan yang diwakilinya itu turut mempunyai pengundi India yang menyokongnya, bagaimana pula sekarang beliau menafikan sokongan itu.

“Mengapa sekarang Johari berani bercakap sebegitu, mengapa tidak bercakap ketika berkempen dahulu, sedangkan dahulu beliau pernah membuat pelbagai janji termasuk ingin memperjuangkan nasib kaum India ketika pilihan raya lalu.

“Sebenarnya, pemimpin PKR kini merasa bimbang dengan perkembangan terakhir apabila melihat kaum India memberi sokongan kepada Barisan Nasional, sebab itu mereka berani keluar kenyataan sebegitu,” katanya kepada Umno-Online.

Gobalakrisnan berkata, sejak pilihan raya 2008, pakatan pembangkang terutamanya PKR tidak pernah membela nasib kaum India walaupun mereka membuat pelbagai janji sebelum ini, kenyataan bahawa undi kaum India sebagai tidak penting adalah untuk menutup kegagalan mereka menuanikan janji yang dibuat kerana beranggapan kaum India hanya kaum minoriti.

“Saya berkeyakinan, pada pilihan raya akan datang, kaum India bukan sahaja tidak akan menyokong PKR malah semua parti pembangkang, sehingga kini tiada apa pun yang diperjuangkan oleh mereka untuk kaum India,” katanya.

Menurutnya, pada Pilihan Raya Umum ke 13 nanti, kaum India akan memberi sokongan kepada Barisan Nasional kerana banyak perubahan telah dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak termasuk bertemu dengan kaum berkenaan di kawasan-kawasan pendalaman.

Bukan sahaja di peringkat pemimpin tertinggi, malah pemimpin tempatan Barisan Nasional juga turut turun padang membantu kaum India di negara ini dalam apa jua permasalahan yang dihadapi mereka, katanya. 

Sumber: MediaUMNO 

Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment