Wanita BN Tidak Akan Berpecah Belah Bagi Tentukan Kemenangan Parti


Gambar Hiasan: Wanita BN Berjanji Tidak Akan Berpecah Belah Dan Akan
Terus Bekerja Keras Bagi Memastikan Kejayaan BN Pada PRU-13

Wanita Barisan Nasional (BN) berjanji tidak akan berpecah belah dan akan terus bekerja keras dalam memastikan kemenangan parti pada pilihan raya umum ke-13.

Pengerusi Wanita BN Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata pergerakan itu kini sudah melalui proses transformasi yang akan terus bersatu menjadi banteng terkuat bagi parti.

"Golongan wanita merupakan orang yang paling takut sekiranya berlaku sesuatu perkara buruk kepada negara. Sehubungan itu, Wanita akan turun ke setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membanting tulang," katanya berucap pada majlis perasmian program Jelajah Sayang Wanita 1Malaysia oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, di Stadium Perbandaran Pasir Gudang hari ini.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman dan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Pada majlis yang dihadiri kira-kira 20,000 anggota Wanita Umno serta sayap parti dari seluruh negara itu, Shahrizat turut meminta semua pihak supaya tidak mempersoalkan ketaatan Wanita kepada parti.

"Jangan sesekali juga meminggirkan Wanita menjelang pilihan raya ini kerana Wanitalah yang ke hulu hilir, duduk di bawah pokok dalam membantu kelancaran pilihan raya," katanya.

Mengenai program Jelajah Sayang Wanita 1Malaysia itu, Shahrizat berkata ia merupakan satu lagi produk di bawah program yang dijalankan Wanita BN secara bersama.

"Kita sudah ada Skuad Sayang dan Salam Sayang. Kali ini kita bersama turun dari DUN ke DUN dan jumpa pengundi fokus. Kita akan bertanya khabar, bertanya masalah yang dihadapi dan kita akan bantu sebaik-baiknya dan mengajukan kepada agensi kerajaan bagi membolehkan kehidupan mereka yang terlibat bertambah selesa," katanya.
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment