Disamping kegemaran-kegemaran yang lain,
beliau nampaknya berkecenderungan untuk bersumpah.
Pada ceramah-ceramah politik di seluruh
pelusuk negara samada semasa kempen pilihan raya kecil atau pilihan raya
peringkat negeri mahu pun ketika bertemu rakyat di kampung dan desa, Anwar suka
bersumpah.
Contoh kalimat sumpah yang paling digemarinya
ialah, "Wallahi (Demi Allah!) Satu sen duit rakyat pun saya tidak
ambil."
Atau satu lagi sumpah kesukaannya, "Demi
Allah! Satu inci tanah pun saya tidak curi" atau pun sumpah yang ini,
"Demi Allah! Satu saham pun saya tidak ambil."
Seseorang bersumpah dalam situasi yang
berbeza.
Ada yang bersumpah untuk membuktikan ia
berada di pihak yang benar atau pun untuk menunjukkan bahawa ia tidak melakukan
sesuatu kesalahan yang didakwa ke atas dirinya.
Ada juga sumpah yang bersifat peribadi untuk
melakukan sesuatu apabila sesuatu hajat telah dicapai dan dimakbulkan Tuhan.
Dalam hal ini, Anwar bersumpah untuk
menunjukkan dirinyya amat bersih daripada segala kekotoran peribadi, moral dan
akhlak.'
Anwar mahu meletakkan dirinya sebagai seorang
yang bersih dari segala rasuah, menonjolkan sosok peribadi mulia sebagai
seorang Muslim yang bertaqwa serta pemimpin yang mempunyai kredibiliti.
Mungkin kerana terlalu banyak dakwaan
kepincangan peribadi, penyelewengan serta penyalahgunaan kuasa ketika menjawat
posisi sebagai Timbalan Perdana Menteri satu ketika dahulu, terfikir Anwar
untuk bersumpah bagi membersihkan dirinya.
Walau bagaimana pun, satu perkara pelik dan
ajaib timbul apabila Anwar marah tidak terhingga serta enggan bersumpah ketika
ia dikaitkan dengan dakwaan liwat oleh bekas pembantu peribadinya, Saiful
Bukhari Azlan.
Mengapa Anwar mengambil sikap talam dua muka
apabila pada satu sisi lidah beliau amat mudah sekali bersumpah di hadapan
masyarakat kampung dan rakyat jelata.
Tetapi Anwar kelu dan bisu apabila diminta
bersumpah bahawa beliau tidak meliwat Saiful.
Perangai begini mengingatkan akan karakter
'Dr Jekyll and Mr Hyde" dalam buku karangan Robert Louis Stevenson yang
memaparkan sikap dwi peribadi dalam diri seseorang.
Anwar berhempas pulas mencari alasan aqli dan
juga syarie untuk menjustifikasikan tindakannya untuk tidak mahu bersumpah.
Di heretnya ulama yang sudah uzur, Sheikh Dr
Yusuf Al-Qardhawi untuk mengeluarkan fatwa untuk memberi sokongan kepadanya
seolah-olah dakwaan Saiful adalah satu konspirasi musuh politiknya dan
perbuatan bersumpah adalah tidak selari dengan Al-Qur'an dan Sunnah.
Begitu juga dijemput ulama kelahiran Syria,
Sheikh Dr Wahbah Zuhaili untuk memberi ceramah di masjid dan juga memberi
pendapat menyokongnya.
Anwar malah mengarahkan supaya fatwa dan
pendapat Sheikh Qardhawi dan Sheikh Zuhaili dibuku dan disebar luaskan pada
ceramah-ceranah yang beliau hadiri.
Mengapa Anwar amat takut bersumpah untuk
membuktikan beliau tidak bersalah?
Mengapa pula pada ceramah-ceramah beliau
dengan senang kali bersumpah untuk menunjukkan beliau pemimpin yang bersih?
Kini Anwar bercita-cita untuk menjadi Perdana
Menteri pada pilihan raya akan datang.
Anwar bersumpah apabila ia secocok dengan
agenda peribadinya dan melenting apabila terkena pada batang hidungnya sendiri.
Takut-takut nanti sumpah memakan diri
sendiri!
Jawapan Anwar: Kalau nak ikut
rujuk hukum Islam, orang yang mengangkat sumpah dalam hal-hal seperti
ini, harus
bebas dari DOSA BESAR. Maknanya tidak pernah minum arak, tidak pernah BERZINA.
0 Komen