Sehingga kini perhatian masyarakat masih lagi tertumpu pada
tingkahlaku biadap dan kurang ajar beberapa orang pemimpin pembangkang semasa
pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIV, Tuanku Abdul Halim
Mu’adzam Shah pada 11 April lepas.
Mereka yang dikatakan terbabit mengejek dan memperlekehkan
Raja-Raja melayu itu antaranya ialah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Naib
Presidennya, Tian Chua. Bagaimanapun mengikut laporan terbaru, kedua-duanya
telah menafikan dakwaan tersebut.
Dalam kenyataan penafian mereka, dakwaan tersebut dianggap sebagai
serangan peribadi dan propaganda yang sengaja dimainkan oleh UMNO. Pendek kata,
tiada apa yang berlaku dan semuanya hanya rekaan semata-mata. Itu kata mereka.
Azmin mempersoalkan bagaimana Dr Rahman Kadir yang dikatakan
bertugas sebagai pegawai perubatan pada majlis berkenaan boleh duduk di
Balairong Seri dan mendakwa melihat sendiri kejadian itu. “Saya tidak tahu apa
tohmahan yang dibuat dan ini jelas propaganda UMNO serta Barisan Nasional yang
gagal menjawab isu rakyat,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.
Sebelum ini, sebuah akhbar melaporkan Dr Rahman mendakwa melihat
Ahli Parlimen pembangkang mempersenda dan mengejek Raja Melayu pada majlis
pertabalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara. Sementara itu, Tian Chua,
mendakwa penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat perkara itu seperti yang
dicadangkan beberapa pihak tidak berasas kerana ia tuduhan tanpa saksi.
Berita Harian 17 April 2012
Samada Azmin mahupun Tian Chua mereka berhak menafikan dan
menganggapnya sebagai cerita rekaan & propaganda kerajaan ataupun UMNO.
Tapi kenyataan penafian tersebut sebetulnya belum kukuh untuk
menafikan segala dakwaan oleh Dr Rahman malah pada 13 April lepas Dr Rahman
tetap tegas menyatakan kelakuan biadap membabitkan Azmin Ali, Tian Chua dan
beberapa pemimpin pembangkang yang lain itu sememangnya wujud.
Malah menurutnya, ramai saksi yang turut melihat perbuatan biadap
dan kurang ajar beberapa pemimpin pembangkang. Dikalangan khalayak ramai juga
sukar untuk menolak kesahihan peristiwa berkenaan apatah lagi dakwaan tersebut
bukannya dari ahli politik yang berkepentingan sebaliknya datang dari rakyat
biasa yang cintakan tanahair dan rajanya.
Sejarah penderhakaan beberapa pemimpin pembangkang dan penyokong
mereka misalnya kelakuan biadap mereka dalam isu peralihan kerajaan PR Perak
tahun 2009 yang lepas juga masih segar dalam ingatan rakyat.
Demikian juga dengan langkah tidak beradat Karpal Singh yang cuba
menyaman Sultan Perak tentu sahaja menjadi perbandingan logik yang sukar sekali
untuk khalayak menolak kebenaran dakwaan Dr Rahman.
Cara paling mudah untuk menentukan siapa yang betul dan salah
ialah mahkamah. Azmin dan Tian Chua wajib mengambil tindakan segera menyaman Dr
Rahman Kadir bagi memperbetulkan keadaan jika yakin kebenaran berada dipihak
mereka.
Penafian sahaja seumpama melepaskan batuk di tangga dan tidak akan
mematikan perhatian umum terhadap isu tersebut.
Di pihak Dr Rahman Kadir pasti sahaja beliau tidak bermasalah
menghadapi tindakan undang-undang sementelah lagi dakwaannya juga disokong oleh
beberapa orang saksi yang pastinya tidak teragak-agak untuk naik turun mahkamah
demi membuktikan kebenaran.
Soalnya sekarang, adakah Azmin Ali dan Tian Chua berani mengambil
langkah sedemikian sedangkan mentor mereka sendiri, Anwar Ibrahim hanya berani
memfailkan sahaja saman terhadap Nallakaruppan namun writ saman hingga kini
masih gagal diserahkan untuk menyegerakan proses perundangan.
0 Komen