Asalnya Anwar Ibrahim dan ramai pemimpin PR
yang lain mengharapkan kedatangan bapa Altantuya, Dr Setev Shaariibuu ke
Malaysia akan membantu pembangkang untuk memanaskan semula wayang fitnah kisah
pembunuhan bekas model Mongolia yang selama ini di propagandakan bagi
menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, namun sebaliknya
pula yang berlaku.
Semalam, Dr Setev Shaariibuu dalam satu
wawancara dengan media tempatan telah menjawab khabar angin kononnya kerajaan
Malaysia pimpinan Najib telah merasuah imbuhan wang supaya menutup mulut
berkaitan kes kematian anaknya, Altantuya.
Bapa kepada model warga Mongolia, Altantuya
Shaaribuu pada Isnin menafikan dakwaan kononnya beliau menerima wang daripada
kerajaan Malaysia bagi 'menutup mulut' berhubung kes anaknya.
Dr Setev Shaariibuu berkata, wujudnya khabar
angin yang mengatakan beliau mengadakan rundingan dengan kerajaan Malaysia dan
bersetuju supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai pembunuhan
Altantuya.
"Dakwaan ini tidak betul, saya tidak
mengambil sebarang duit daripada Malaysia," katanya dengan bantuan juru
alih bahasa pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Isnin.
Petikan: Mstar Online
Kenyataan Setev itu bukan sahaja mematikan
terus khabar angin berkaitan isu menutup mulut, lebih dari itu ia juga
membuktikan Perdana Menteri sedikit pun tidak pernah campurtangan dalam kes
tersebut apatah lagi terkesan dengan cerita dongeng dan fitnah pembangkang yang
berusaha mengaitkannya dengan pembunuhan Altantuya.
Mereka cuba menggambarkan seolah-olah Najib
adalah kekasih Altantuya dan kematian Altantuya pula dikaitkan dengan arahan
langsung atau sebaliknya dari Najib dan Rosmah. Realitinya tidakpun begitu.
Kalaupun misalnya semalam Setev tidak menyatakan sedemikian pun, hakikatnya
antara Najib dan Altantuya bukannya saling mengenali satu sama lain.
Malah Najib sendiri sejak fitnah tersebut
hebat didendangkan pembangkang suatu masa dulu telah sekurang-kurangnya tiga
kali mengangkat sumbah mubahalah atas nama Allah s.w.t dengan mengucapkan
kalimah "Wallahi, Wabillahi, Wataalahi" menafikan dirinya pernah
mengenali Altantuya apatah lagi terbabit dalam pembunuhan kejam tersebut.
Lebih tiga tahun berlalu hingga kini,
Alhamdulillah tiada bala mahupun laknat Allah s.w.t menimpa Datuk Seri Najib
sebaliknya satu demi satu tembelang & fitnah ciptaan Anwar pula yang pecah
menyebabkan bau busuk ke seantero pelusuk negara termasuklah pendedahan terbaru
oleh bapa Altantuya dalam isu rasuah menutup mulut yang terbukti hanya omong
kosong puak pembangkang sahaja.
Isu Komisyen
RM540 Juta
Demikian jua halnya dengan fitnah oleh Anwar,
Wan Azizah dan pemimpin pembangkang lain yang pernah menjaja propaganda
kononnya kerajaan Malaysia telah membayar sejumlah 114.96 juta euro (RM540
juta) kepada syarikat Perimekar Sdn. Bhd untuk komisyen pembelian dua buah
kapal selam Scorpene juga terbukti tidak berasas apabila laporan rasmi kontrak
perolehan menjelaskan sebaliknya.
Komisyen RM540 juta yang diwar-warkan oleh
Anwar dan balacinya sebagai komisyen pembelian kapal selam tersebut sebenarnya
adalah nilai kontrak yang diberikan kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd bagi
tujuan penyediaan khidmat sokongan dan koordinasi untuk tempoh selama enam
tahun manakala pembayaran oleh kerajaan kepada syarikat tersebut pula dilakukan
secara berperingkat bergantung kemajuan projek yang dilaksanakan.
Syarikat Perimekar Sdn. Bhd yang dimiliki
secara bersama oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings
Berhad serta K.S Ombak Laut Sdn Berhad bertanggungjawab secara langsung dalam
pelbagai skop kerja sokongan & koordinasi misalnya;-
i. Penyediaan kemudahan kediaman &
kelengkapan untuk kegunaan 27 keluarga dari team projek yang berada di Perancis
dan Sepanyol.
ii. Penyediaan pejabat urusan, kediaman dan
kelengkapan untuk keperluan 156 orang krew kapal selam TLDM bagi tempoh 4 tahun
di Perancis dan Sepanyol.
iii. Menyediakan insuran kesihatan bagi
melindungi krew kapal selam serta ahli keluarga team projek selama mereka
berada di Perancis dan Sepanyol.
iv. Pembayaran elaun harian serta elaun untuk
krew yang berjumlah 50 euro sehari untuk setiap orang bagi 3 tahun pertama dan
60 euro sehari bagi tiga tahun seterusnya.
v. Pembiayaan kos penerbangan pergi balik
(balik bercuti di malaysia) untuk setiap krew setiap 4 bulan sekali serta
lain-lain keperluan berkaitan sepanjang semua krew dan team projek berada dalam
latihan di Perancis dan Sepanyol.
Selain khidmat sokongan di atas, nilai kontrak
RM540 juta (114.96 juta euro) itu juga meliputi khidmat koordinasi yang perlu
disediakan oleh syarikat Perimekar Sdn Bhd.
Perkhidmatan koordinasi yang dimaksudkan itu
antaranya merangkumi tanggungjawab syarikat Perimekar Sdn Bhd untuk memastikan
syarikat-syarikat dari Malaysia terbabit secara langsung dalam proses
pembinaan, program off-set, membantu kontraktor utama membabitkan urusan
maklumat prosedur perlaksanaan kontrak, penyelarasan latihan krew kapal selam
dengan kontraktor dan kerajaan termasuklah penyediaan koordinasi bagi setiap
enam bulan.
Lebih penting lagi untuk kita maklumi, nilai
kontrak RM540 juta itu selain ianya bukan bayaran komisyen, ia juga sama sekali
bukan merupakan keuntungan bersih untuk syarikat Perimekar Sdn Bhd sebaliknya
nilai tersebut meliputi segala kos langsung dan tidak langsung yang perlu
ditanggung selama 6 tahun sebagaimana terkandung dalam kontrak tersebut.
Berkemungkinan untung bersih tahunan yang
menjadi miliki syarikat tersebut adalah dalam jangkaan sekitar sejuta euro atau
lebih sedikit, pendek kata ia bukannya satu kontrak yang mewah atau satu
komisyen jatuh dari langit seperti yang di fitnah ke sana ke mari oleh Anwar
dan pemimpin PR terhadap PM dan kerajaan.
Dalam apa saja isu yang Anwar cuba palitkan
pada PM dan kerajaan Malaysia akhirnya Allah s.w.t membuka pintu kebenaran di
penghujungnya sekaligus meletakkan Najib serta kerajaan pimpinannya di tempat
yang sewajarnya jauh berbeza dengan nasib Anwar dan pemimpin pembangkang yang
hingga kini satu demi satu aib mereka di buka dan menjadi tontonan ramai.
Pendek kata lain yang diharapkan oleh Anwar
lain pula yang dia dapat. Bala yang diharapkan jatuh atas batu jemala Najib
akhirnya jatuh gedebuk menghempak kepala Anwar dan pemimpin PR. (BB)
0 Komen