Isu pembangkang yang bersikap biadap ketika menghadiri hari
pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana
Negara, baru-baru ini terus dibidas. Semalam, ahli Parlimen P. Kamalanathan
telah pun membuat laporan polis terhadap ahli pemimpin pembangkang yang
terlibat bersikap biadap pada hari pertabalan tersebut.
Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Megat Zulkarnain Omar Din, mengucapkan
tahniah di atas keberanian Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan kerana
telah membuat laporan polis di atas sikap biadap ahli pembangkang terbabit.
“Memang jika kita lihat sejak akhir-akhir ini, budaya politik yang
dibawa oleh pembangkang, terutama di kalangan pemimpin DAP dan PKR lebih
bersifat budaya politik kurang ajar. Apa saja yang ada di Malaysia ini semuanya
ingin dilanggar dan disanggah mereka. Tidak ada sesuatupun yang baik bagi
mereka di dalam negara ini.
“Puak pembangkang dalam berpolitik hari ini sudah tidak ada
batasan. Atas nama politik, mereka rasa mereka boleh menghina, mengeji dan
mengejek mana-mana pemimpin termasuklah Raja-Raja Melayu, walhal undang-undang
dan sistem perlembagaan di negara ini telah diterima secara sepakat oleh semua
kaum sejak sekian lama.
“Budaya tidak beradap yang dibawa oleh pembangkang ini tidak boleh diterima dalam budaya masyarakat
di negara ini. Inilah budaya politik baru, politik kurang ajar yang cuba dibawa
oleh pembangkang hari ini,” katanya.
Tambahnya lagi, sudah
pasti, pembangkang akan menafikan perkara ini dan mengatakan bahawa isu ini
adalah isu yang cuba dibangkitkan oleh UMNO, sedangkan Dr. Rahman Kadir yang membangkitkan isu ini
merupakan bekas ahli parti pembangkang.
“Seperti biasalah, puak pembangkang ini akan menyalahkan UMNO
setiap kali timbul isu salah laku yang berlaku di kalangan pemimpin mereka.
Menyalahkan UMNO sudah menjadi budaya dan di doktrinkan masuk dalam pemikiran
pemimpin dan ahli-ahli pembangkang.
“Namun mereka tidak sedar,
rakyat sudah mulai muak dengan sikap mereka itu yang suka menuding jari pada
orang lain sedangkan hakikatnya mereka sendiri yang bersalah,” ujarnya.
Justeru itu beliau yang
juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak berkata sememangnya pemimpin parti
pembangkang ini tidak layak untuk menjadi pemimpin, lantaran sikap mereka yang
tidak menghormati hak dan pendapat orang lain, serta suka menimbulkan isu-isu sensitif yang menyentuh soal Islam dan
Raja-Raja Melayu sebagai gimik politik mereka.
“Macam mana kita nak jadikan mereka ini pemimpin negara, kalau
sikap dan kelakuan mereka seperti orang yang tak ada tamadun dan budaya.
“Mereka bercakap sesuka hati tanpa memikirkan perasaan orang lain,
mudah menuduh dan membuat fitnah serta merasakan diri mereka itu lebih baik
dari orang lain. Ini sifat-sifat orang yang sombong dan orang seperti ini tidak
layak untuk memimpin dan mentadbir negara,” jelasnya lagi.
Tambah beliau lagi, sepatutnya mana-mana pemimpin pembangkang yang
terbabit dalam kes penghinaan Raja-Raja baru-baru ini, apatah lagi ia berlaku
di dalam Istana, perlulah disiasat dan dibawa ke muka pengadilan mengikut
peruntukan undang-undang yang sedia ada.
“Bagi saya, mereka ini langsung tidak layak untuk menjadi rakyat
di negara ini. Sikap mereka yang suka membuat provokasi bertujuan memecah belahkan rakyat dengan tidak menghormati undang-undang dan
perlembagaan negara sudah cukup untuk membuktikan, tiada kesetiaan dan
kehormatan dalam diri mereka kepada Malaysia sebagai sebuah negara yang
berdaulat.
“Jadi untuk apa mereka terus menjadi rakyat di negara jika
undang-undang dan perlembagaan negara, malah
Raja-Raja Melayu di mata mereka adalah sesuatu yang boleh dibuat
main-main dan diperlekehkan,” tegas beliau.
6:05 PM
cSmz coach outlet online
zBxw ugg boots uk
mKsy michael kors sale
0fEuq ugg boots sale
2iNgy chi hair straightener
3gJxa Michael Kors
4jPnx nfl football jerseys
1eUbt coach outlet online
6xVoj north face sale
7gBrz ugg baratas
2fGzb ghd gift set
2kSvr michael kors purse
0gWtz nfl shop
6eCdm planchas ghd baratas
6uJmt ugg boots sale