BN Selangor Lancar Ops Kibar & Santai Orang Muda


Gambar Hiasan: BN Kini Kembali Jadi Pilihan Orang Muda

Dalam usaha mendekati golongan muda, Barisan Nasional (BN) Selangor melancarkan "Ops Kibar dan Santai Orang Muda" yang merupakan program berbentuk hiburan secara santai pada setiap hujung minggu.

Koordinator BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata buat permulaan program itu akan diadakan Jumaat depan di perkarangan Bangunan UMNO Selangor di Seksyen 14 di sini.

Menerusi program, itu, katanya, belia yang berbakat akan diberi peluang untuk membuat persembahan setiap minggu sama ada dalam bentuk persembahan  muzik, kebudayaan dan mendeklamasi sajak.

"Program ini bertujuan menyedarkan golongan muda bahawa BN tidak pernah menyisihkan mereka, malahan sokongan mereka diperlukan bagi menjayakan matlamat menawan semula Selangor pada pilihan raya akan datang, katanya kepada pemberita ketika melancarkan program itu di Bangunan UMNO Selangor di Shah Alam, malam tadi.

Pada majlis itu, penyanyi era 80an Poe mendendangkan beberapa lagu berbentuk humor dan sindiran manakala Mohd Zin pula mendeklamasikan sebuah sajak.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

2 Komen

Post a Comment