Dana Asing Kepada Pembangkang, Satu Lagi Bentuk Penjajahan Asing Di Malaysia


Tidak hairanlah kalau hari ini malah pada Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu, pihak pakatan pembangkang khususnya PKR mempunyai banyak dana dan bahan kempen yang hebat, rupanya mereka mendapat dana dari pihak asing sebagaimana yang didedahkan oleh bekas Ahli Parlimennya sendiri, Datuk Zulkifli Noordin dan Datuk Seri Zahrain Hashim. 

Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jerlun, Aswad Abu Bakar berkata, isu ini bukan isu kecil bahkan telah beberapa kali didedahkan dalam media tempatan namun apa yang dikesalkan, sehingga ke hari ini pihak berkuasa masih belum mengambil apa-apa tindakan atau menyiasat mereka yang berkenaan untuk sejauh mana kesahihan pendedahan Zul Nordin ini.

“Pada pandangan saya, isu ini sememang telah terbukti kebenarannya. Dana asing ini dipercayai telah disalurkan kepada Anwar Ibrahim dan pakatan pembangkang  menerusi beberapa agensi yang bernaung di bawah telunjuk National Endownment for Democracy (NED) yang sememangnya diwujudkan untuk menguasai negara-negara Islam.

Mereka memberi bantuan ini bertujuan untuk memenangkan boneka yang mereka gemari bertujuan untuk memerintah Malaysia secara terus. Anwar telah menjadi rakan dan boneka golongan ini sejak dahulu lagi,” ujarnya mengulas pendedahan Zul Nordin mengenai bantuan asing kepada Anwar dan pakatan pembangkang di Malaysia.

Tambahnya, umum sudah mengetahui sewaktu Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri, sambutan yang ditunjukkan oleh kerajaan Amerika semasa lawatan beliau ke sana amat istimewa sekali.

“Maka tidak hairanlah mengapa pembangkang pada hari ini mampu mengadakan program-program yang besar, yang sebelum ini tidak mampu dilaksanakan oleh mereka. Mereka juga mampu untuk memberi wang kepada orang untuk datang bagi meramaikan majlis-majlis mereka. Ini adalah bukti nyata pembangkang memang ada pihak yang memberi sokongan kewangan kepada mereka.

Lihat juga kepada poster-poster dan bahan kempen pakatan pembangkang sejak PRU12 yang lalu. Bahan-bahan ini dilihat sungguh mewah dan hebat berbanding dengan poster dan bahan kempen dari BN, sungguh jauh berbeza,” tambahnya lagi.

Ini ancaman penjajahan bentuk baru yang menggunakan taktik lebih halus melalui penyaluran dana asing untuk mempengaruhi keputusan pilihan raya di negara ini.

“Saya yakin pihak asing yang ingin mempengaruhi keputusan pilihan raya negara lain tidak semestinya menyalurkan dana secara langsung kepada parti politik, tetapi mungkin berbuat sedemikian melalui badan bukan kerajaan (NGO) tertentu bertopengkan perjuangan seperti atas nama demokrasi dan hak asasi manusia.

Ancaman penjajahan tidak pernah tamat berikutan matlamat pihak tertentu untuk menguasai dunia serta negara lain supaya mengikut telunjuk dan kehendak mereka,” ujarnya lagi. - MalaysianView
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment