Setelah perhimpunan yang menyasarkan 5,000 orang pada Sabtu, gagal
mencapai matlamat apabila 250 orang sahaja yang datang, sekumpulan 30 orang
mahasewel hardcore perhimpunan tersebut cuba memanjangkan bantahan dengan
berkhemah di Dataran Merdeka.
Tapi penulis dimaklumkan sebentar tadi, kesemua khemah tersebut
telah selamat dilipat dengan sempurna, menandakan berakhirnya demonstrasi
pemansuhan PTPTN ini secara rasmi.
Menariknya, pihak penguatkuasa yang terlibat bukannya Polis Diraja
Malaysia seperti biasa tapi penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Tak pasal-pasal DBKL yang hanya setaraf pihak berkuasa tempatan
(PBT) ini pun dianggap zalim seperti Nazi oleh media belaan Pakatan
Rakyat. Penulis serahkan kepada pembaca
sama ada nak nangis atau ketawa.
Tapi jangan dilupa, dalam masa yang sama, Safwan Anang (ketua
bersama mahasewel) mengugut mahu mengadakan mogok lapar sehingga PTPTN ini
dihapuskan. Apa cerita dengan ugutan
yang itu dan siapa pula yang memantau sama ada Safwan Anang benar-benar
berlapar atau cakap saja yang degar-degar?
Setakat yang penulis dimaklumkan, semasa DBKL datang ‘membantu’
membersihkan khemah-khemah itu semua pagi tadi, tidak ada pula yang kelihatan
tidak bermaya kerana tidak makan sejak Sabtu lepas. Semua pun bertenaga cuba menghalang pihak
DBKL dari menjalankan tugas.
Bercakap tentang mogok lapar ini dari sudut penceritaan berbeza,
ia sekadar mendedahkan bagaimana banyaknya unsur-unsur agama hindu dibawa ke
dalam demonstrasi yang disertai majoriti orang Islam ini. Unsur hindu satu lagi yang penulis maksudkan
ialah tindakan segelintir budak tak cukup akal ini mengalungkan bunga ke gambar
Perdana Menteri dan Menteri Pengajian Tinggi – menyamai adat istiadat penganut
agama hindu bagi orang yang sudah meninggal dunia.
Provokasi jenis apakah ini dan apa yang cuba disampaikan
budak-budak ini dengan tindakan sedemikian?
Adakah itu ugutan halus yang membawa maksud untuk membunuh Perdana
Menteri? Jika itu benar, maka eloklah tindakan yang lebih keras dikenakan ke
atas budak-budak yang jelas sudah tidak ada masa depan ini. Penulis serahkan kepada polis untuk menyiasat
kerana ancaman serupa ini bukan kali pertama, sebelum ini pun sudah ada dari
kalangan mahasewel ini juga yang mengugut untuk meletupkan helikopter yang
dinaiki Perdana Menteri.
Apa pun yang lebih penting, demo yang gagal itu sebenarnya sangat
memalukan Pakatan Rakyat dan persatuan mahasiswa yang menjadi dalang
disebaliknya. Pelik, bagaimana Pakatan
Rakyat boleh meletakkan kepercayaan kepada beberapa orang budak tak cukup akal
ini untuk melaksanakan agenda politik besar seperti ini? Malah disebut-sebut pula bahawa demonstrasi
ini adalah warming up kepada demonstrasi Bersih 3.0 yang lebih besar pada 28
April nanti!!
Yang maha sewel itu sudah tentulah sewelnya, yang kononnya bijak
pandai dalam Pakatan harami ini sebenarnya lebih sewel lagi kerana menyerahkan
tugas dalam skala sebegini besar kepada budak-budak, hanya untuk melihat ianya
gagal dan akhirnya memalukan mereka semula.
Maklum, nak demo besar tapi kos rendah, dapatlah hasilnya macam yang
kita lihat pada Sabtu.
Penulis mendengar, ada sesuatu yang buruk sedang menanti untuk
didedahkan mengenai Adam Adli ini. Apa
yang diambilnya untuk mengisi ‘masa lapang’ sehinggakan mata kuyu dan badannya
kurus kering macam jerangkung. Tapi
sebagai seorang yang professional dan punya intergriti, tunggulah sehingga
bukti saintifik yang sahih diperolehi, sebelum pendedahan boleh dibuat ya.
0 Komen