Detik-Detik Cemas di PWTC pagi tadi ......

Hari nie ketika aku berjumpa dengan seorang sahabat di PWTC, aku terkejut apabila beberapa helicopter Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berlegar-legar di sekitar bangunan PWTC.

Dalam masa 10 minit, tiba-tiba terdengar letupan dan tembak-menembak… aku bergegas ke tempat kejadian, kelihatan skuad Komando Gerak Khas sedang berbalas tembakan dengan satu pihak yang pada jangkaan aku, merupakan pasukan pengganas…..

Berikut adalah beberapa keeping gambar yang sempat aku ambil….. kerana keadaan yang tidak mengizinkan untuk aku mendekati mereka……  




10.00 am: helikopter TUDM berlegar-legar sekitar PWTC sejak jam 9.45 pagi.

10.05am: Heli mendapat di jambatan Sungai Gombak

10.15am: Kelihatan  Komando Kerak Khas melakukan operasi 'menyelamatkan' tebusan

10.20am: `Tebusan' berjaya diselamatkan.

10.30am: Komando Kerak Khas bergerak meninggalkan musuh yang terkorban.

10.35am: Kelihatan penculik yang terkorban.

10.45am: Pasukan ATM tiba untuk membuat operasi pembersihan.



Hakikatnya, ini merupakan pertunjukkan oleh pihak ATM sempena pameras DSA Defend Services Asia…..  

Apapun, walaupun pasukan keselamatan kita hebat dan cekap, namun harga sebuah kemerdekaan yang telah kita kecapi selama ini harus kita pertahankan.

Jangan biarkan Negara kita diceroboh. Jangan biarkan mereka masuk dan menakluk Negara kita dengan sewenang-wenangnya, yang nampaknya semakin berminat untuk menakluk Malaysia, walaupun tidak secara kekerasan, tapi mereka cuba masuk dengan cara yang cukup halus menerusi NGO dan parti-parti politik pembangkang….

Dana diberikan secara senyap dalam usaha menjayakan misi yang hanya mereka yang tahu ….

Untuk apa …. 

Siapa pengantara mereka di Malaysia .....  

Terserahlah kepada korang di luar sana untuk memilih antara pejuang dan pembelot.....

Hargailah kemerdekaan Malaysia, demi masa depan generasi kita di masa depan...


Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

3 Komen

  1. Anonymous
    11:06 PM

    Helikopter tu PUTD bukan TUDM.

  2. Kakakakaka!!!! Gerak Khaslah bukan kerak.....

Post a Comment