Belum puas menghalau guru bukan Melayu dari sekolah Cina, kini
Dong Zong membuat tuntutan lagi iaitu inginkan agar kemasukan pra-universiti
dibuka atau dilonggarkan kepada semua kaum.
Alasan Dong Zong ialah kemasukan pra-universiti di negara ini adalah
tidak begitu telus kerana ia disusun agar memberi kelebihan atau memudahkan
bumiputera mendapat tempat di universiti, sekali gus mengurangkan ruang kepada
kaum lain.
Kita tidak pasti bagaimana Dong Zong menilai perkara ini tetapi
kita yakin ia ada kena mengena dengan syarat wajib lulus Bahasa Malaysia. Sedangkan syarat ini patut dianggap sebagai
syarat semulajadi kerana sudah menjadi keharusan bagi semua warganegara untuk
fasih berbahasa Malaysia. Dengan
pemberian taraf warganegara percuma kepada kaum pendatang suatu ketika dahulu,
kewajipan untuk anak cucu mereka fasih berbahasa kebangsaan adalah bayaran yang
terlalu kecil dan tidak perlu dipersoalkan langsung kerana ia merupakan perkara
semulajadi bagi semua negara di dunia.
Kita percaya, tuntutan ini bukan tuntutan terakhir Dong Zong. Mereka akan terus menuntut dan menuntut
sehingga budaya dan bahasa Cina diiktiraf sebagai setaraf atau lebih tinggi
dari budaya dan bahasa rasmi Malaysia.
Tidak keterlaluan rasanya dikatakan bahawa inilah ikrar Dong Zong yang
akan dipegang mereka selama-lamanya atas alasan memperjuangkan nasib kaum Cina
di Malaysia.
Dan inilah masalahnya dengan manusia hipokrit seperti Dong
Zong. Apabila UMNO bercakap mengenai
memperjuangkan nasib Melayu yang masih ketinggalan dari segi pendidikan dan
ekonomi, UMNO dituduh rasis. Tetapi
apabila Dong Zong memperjuangkan bangsa Cina yang sedia mendahului kaum lain
dari segala segi, Dong Zong dikatakan memperjuangkan keadilan.
Sejarah telah membuktikan bahawa UMNO telah banyak bertolak ansur
dengan kaum lain dengan membenarkan kewujudan sekolah jenis kebangsaan,
mengamalkan budaya serta agama masing-masing secara meluas dan bebas. UMNO juga tidak mengehadkan kek ekonomi
kepada kaum lain dan hasilnya mereka telah mengaut kekayaan yang bukan sedikit
di Malaysia ini. Pendek kata, UMNO
banyak mengalah dengan kaum pendatang demi kemerdekaan dan keamanan negara
ini.
Malangnya, sikap yang sama tidak dapat dilihat dalam diri Dong
Jiao Zong – atau kubu pertahanan Cina, yang tegar membawa bersama mereka polisi
yang dimulakan oleh penjajah yang memisahkan kaum-kaum di Malaysia melalui
sekolah. Polisi ‘pecah dan perintah’ ini
diperkenalkan oleh penjajah British bertujuan menyukarkan perpaduan di kalangan
kaum di negara ini dengan harapan Malaysia tidak akan mampu mempertahankan
kemerdekaan.
Untuk sekian lama, Malaysia berjaya mengatasi segala cabaran yang
timbul dari polisi pecah dan perintah tersebut.
Walaubagaimanapun, risiko yang wujud dari polisi ini kekal dan terus
meningkat selaras dengan meningkatnya semangat perkauman yang diterapkan secara
langsung dan tidak langsung akibat pemisahan kaum di sekolah-sekolah serta
semangat keCinaan yang tebal yang diperjuangkan Dong Zong.
Kata-kata bekas Presiden Dong Zong, Lim Lian Geok suatu ketika
dahulu dengan sendirinya membuktikan sifat rasis tegar pertubuhan ini, iaitu
“Budaya adalah jiwa bagi sesuatu kaum, dan nilainya adalah sama seperti nyawa
sendiri. Dan jika bangsa Cina ingin mewarisi
warisan budaya dan menjadi seorang Cina yang tulen, maka anak mereka wajib
dihantar ke sekolah Cina”.
Kata-kata tersebut seharusnya diambil sebagai satu amaran dalam
konteks perkauman. Walaupun begitu, UMNO
tidak pernah menghalang kaum Cina mempertahan atau memperjuangkan budaya nenek
moyang mereka dengan harapan mereka tahu menghargai kepercayaan dan pengorbanan
UMNO terhadap mereka.
Namun, seperti yang dijangka dan khuatiri, perjuangan Dong Zong
bukan hanya terbatas terhadap budaya sahaja tetapi mereka secara beransur-ansur
cuba merombak malah menentang keseluruhan sistem yang bertujuan memantapkan
perpaduan.
Apabila kaum lain bangun membela kaum sendiri, mereka akan
berteriak ‘Malaysia first, Race Second’ atau Malaysia Dahulu, Bangsa
Kemudian. Tetapi, apabila mereka menolak
perpaduan, menafikan identiti Malaysia, meremehkan Bahasa Kebangsaan,
mempertikaikan budaya Malaysia yang berteraskan budaya Melayu Islam dan
sebagainya, tidak pula mereka mengambil kira slogan yang sama. Malah, Dong Zong terus tegar membawa sikap
‘Cina Dahulu, Malaysia Kemudian’.
Sesungguhnya tuntutan Dong Zong agar kemasukan pra-universiti
dibuka atau dilonggarkan kepada semua kaum adalah tidak lebih dari usaha
membangkitkan sifat prejudis terhadap kerajaan.
Hakikatnya, Dong Zong wajib menerima bahawa jika anak-anak mereka ingin
menikmati segala kemudahan pendidikan yang ditawarkan oleh kerajaan, maka
mereka wajib mengamal sikap Malaysia Dahulu, Kaum Kemudian dengan
sebenar-benarnya. Apalah sangat syarat
kecil untuk lulus Bahasa Malaysia, sedangkan mereka telahpun mendominasi
ekonomi negara ini.
Mungkin Dong Zong perlu terlebih dahulu belajar tatasusila dan
tamadun kemanusiaan iaitu mengenai cara menghormati, menghargai dan toleransi
dalam bermasyarakat. Jika tidak, negara
ini akan suatu hari nanti menjadi kacau bilau juga akibat sikap rasis, tamak
dan biadab Dong Zong.
Sikap Dong Zong juga membuatkan kita tertanya-tanya, apakah
sekolah-sekolah Cina sememangnya tidak mengajar sifat-sifat murni ini di dalam
diri anak-anak Cina? Apakah kerana itu
mereka hanya pentingkan diri dan wang semata-mata?
0 Komen