Hapus PTPTN – Janji Terdesak Untuk Tarik Undi



Sumber: MyKMU

ANWAR al jubori sudah terbukti satu manusia yang sanggup sebut apa sahaja untuk mendapatkan undi dan kuasa dengan menaburkan segala macam janji kepada rakyat.

Peliknya, rekod menunaikan janji oleh kerajaan negeri pimpinan Pakatan harami semuanya hancur tapi Anwar masih lagi berangan besar untuk menabur lebih banyak janji yang semua nilainya kalau dihitung mau capai beratus billion (kalau berjaya memerintah negara ini nanti).

Dalam soal hapus hutang PTPTN ini begitu juga.

Perlu diingatkan, Anwar janji untuk hapuskan hutang PTPTN sekarang dan bayar semula hutang yang telah diselesaikan oleh peminjam yang sebelum-sebelum ini.  Itu sudah berpuluh-puluh billlion kosnya diambil kira jumlah yang telah dikeluarkan PTPTN (sebut kerajaan) sejak 1997.
Selepas itu apa?

Selepas itu Anwar perlu sediakan pembelajaran percuma di SEMUA universiti dalam negara kerana menghapuskan hutang PTPTN bermaksud beri pelajaran percuma di Universiti , tambahan kepada subsidi kerajaan kepada semua Universiti dalam Malaysia sekarang yang god knows berapa billion ringgit pulak lagi.

Mana Anwar nak korek semua duit ni?

Kalau ikut semalam punya program dengan Professional Muda di Subang Jaya, Anwar kata jimat dari bajet tahunan negara dan jimat perbelanjaan yang membazir seperti pembayaran untuk meningkatkan imej negara di mata dunia.

Penulis suka nak ambil yang kedua itu, Anwar rujuk kepada bayaran perkhidmatan kepada APCO Worldwide la tu.  Penulis tak minat nak cerita soal APCO kerana dah puas di terangkan sebelum ini, yang penulis nak sebutkan ialah macam mana Anwar nak tanggung macam-macam janji yang bernilai beratus billion ringgit dengan penjimatan sebanyak kurang lebih RM 30 juta (bayaran kerajaan kepada APCO)?

Itu sahaja nampak sangat menipunya.

Penulis berani katakan disini bahawa Anwar bukan betul-betul nak hapuskan hutang PTPTN, dia hanya cakap untuk kepentingan sementara Pakatan harami.  Itu belum lagi kita bercakap yang Anwar tidak ada maklumat penuh mengenai aset dan kewangan negara ni tapi dia dah pandai-pandai rencanakan perbelanjaan apa yang nak dibuatnya nanti.

Jelasnya Anwar memang kaki tipu dan kaki kelentong, oppurtunis yang suka ambil kesempatan untuk kepentingan diri sendiri semata-mata.
Apatah lagi bila Anwar enggan dedah sepenuhnya bagaimana kerajaan Pakatan harami nanti nak hapuskan PTPTN sebab bila di temui Malaysia kini selepas program semalam Anwar dipetik:

Ditemui selepas itu, Anwar bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut berhubung perkara itu dan hanya akan memaklumkan sehingga penggubalan dasarnya siap.

Atau dalam lain keadaan, ”oohhh saya ada strategi itu, TAPI saya taknak dedah sekarang, bila masa yang sesuai baru saya dedahkan”..

Penulis nak tanyalah, sepanjang 4 tahun kebelakang ini dah berapa kali rakyat dibodohkan Anwar dalam situasi yang sedemikian?  Sampai masa akan dedah, sampai masa akan dedah, penyudahnya apa pun takde, sebaliknya satu persatu keburukkan dia pulak yang didedahkan bekas kawan-kawan baiknya.

Toksahlah percayakan Anwar ini, dia hanya pembohong besar yang tersepit dengan perilaku moral yang tidak menjijikkan dan menggunakan apa yang ada untuk melepaskan dirinya dari tersepit.

Video di bawah buktikan bagaimana Anwar berjanji dengan penduduk Kg Buah Pala, serius mukanya masa janji, tengok juga tempoh yang diberikan untuk melaksanakan semua janji itu, tapi penyudahnya, semua kita pun tahu, hampeh!!!! Masih nak kena kelentong lagi ke?


Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    1:03 PM

    BUAT JANJI X SALAH.yang salahnya bila x ditunaikan,yang BODOHnya orang yang x dapat membezakan janji palsu dan janji yang benar.Janji kosong dgn janji yang berisi!bila x dapat membezakan!itulah yang dinamakan kita ni BODOH!

Post a Comment