Kerajaan Selangor Dicabar Bagi Pengajian Percuma Kepada Pelajar Unisel & KUIS - MGPS


Majlis Gabungan Pertubuhan Sukarela Negeri Selangor (MGPS) hari ini mencabar kerajaan negeri Selangor, khususnya Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk mengumumkan pengajian percuma kepada semua anak Selangor yang kini sedang dan akan belajar di Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Selangor, dua buah kolej universiti yang berada di bawah pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Setiausahanya, Haji Johari Haji Zaini berkata, kerajaan negeri Selangor sebagai salah sebuah negeri terkaya di Malaysia dan diwar-warkan mempunyai kekuatan ekonomi yang kuat, hendaklah membuktikan dan memulakan pengajian percuma kepada Unisel dan KUIS sebelum mengajak mahasiswa untuk mendesak kerajaan menghapuskan Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional (PTPTN).

“Seharusnya mereka buktikan dulu. Namun dalam masa yang sama, sebagai peminjam PTPTN ini, termasuk anak saya sendiri, haruslah membayar semula pinjaman mereka selepas habis belajar. Jika sekarang PTPTN membantu kita untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, mengapa kita mendesak untuk memansuhkan dan tidak mahu membayar pinjaman, sedangkan ia bertujuan untuk membantu anak bangsa di masa akan datang.

Kita kesal, ada segelintir mahasiswa yang sanggup menjadikan diri mereka sebagai ‘alat pembangkang’ dengan turun ke jalanan semata-mata untuk mendesak kerajaan menghapuskan pinjaman ini,” ujarnya ketika dihubungi sebentar tadi.

Pihak MGPS juga mendesak kerajaan agar tidak melayan karenah dan desakan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini kerana PTPTN merupakan satu badan yang berjuang untuk membantu para pelajar yang kurang kemampuan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

“Kalau mereka (kumpulan mahasiswa yang berjuang untuk mansuhkan PTPTN) tak mahu PTPTN, mereka jangan mohon atau ambil pinjaman PTPTN ini, jangan menyusahkan orang lain semata-mata untuk mereka diperkudakan pihak-pihak tertentu yang mempunyai niat dan hasrat yang tidak baik terhadap kerajaan pada hari ini,” tambahnya lagi.
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    6:00 PM

    aaaiiiii sokong haji, tengok idea diberi, hapuskan dan diberikan pulak cadangan bayar balik bagi setiap pelajar yang dapat...adam adli apa citer rakan sekutu anda yang dapat biasiswa penuh pun tak mampu nak abis pengajian alasan tak cukup untuk sara pengajian aku ulang balik BIASISWA PENUH TAK PAYAH KELUAR SATU SEN PUN...tapi tak mampu habis pengajian lebih hina lagi kena gantung kantoi sem bukan gantung tak bayar yuran pengajian tapi gantung sem...

Post a Comment