Kota Damansara Lubuk Rumah Urut Di Malaysia


Kota Damansara hari ini dilihat sebagai `lubuk’ rumah urut di Malaysia, kerana bilangan rumah urut di sini bercambah bak cendawan tumbuh selepas hujan. 

Penyelaras DUN Kota Damansara, Datuk Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid berkata, seluruh negara dah tahu, khususnya di peringkat negeri Selangor dah tahu, bilangan rumah urut di Kota Damansara ini telah berlipat tiga empat kali ganda daripada jumlah yang ada dulu.

“Pertambahan ini menyebabkan setiap kawasan perumahan dan perniagaan baru di sini, rumah urut ini berleluasa sehinggakan setiap lorong kedai, ada sehingga 3 hingga 4 rumah urut. Malah ada antaranya dibuat di luar specifikasi kebenaran yang sepatutnya dibuka secara terbuka.

Tapi kebanyakannya rumah urut ini dibuka di tingkat atas dan tertutup. Saya yakin pihak PBT tahu kewujudan rumah urut ini, tetapi dibiarkan. Mengapa boleh jadi begini?,” ujarnya yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Subang.

Dalam masa yang sama, masalah sampah turut menghantui bukan sahaja penduduk di Kota Damansara, malah Kg Subang yang dibawah pentadbiran MPSA dan MPPJ.

“Sampah tidak diambil secara berkala yang menimbulkan bau busuk dan pencemarab, khususnya di pekan Subang dan Kota Damansara. Ini membuktikan wujud kelemahan-kelemahan dan sikap tidak ambil peduli pihak-pihak berkuasa yang sepatutnya mengambil peranan pro-aktif unguk menjaga keselamatan dan kesejahteraan penduduk di kawasan DUN Kota Damansara," tanbahnya.

Malah di Kota Damansara hari ini,  wujud gerai yang menjual burger babi di  Damansara dan kawasan sekitar. kawasan yang dinamakan The Strand, yang selama ini tidak pernah berlaku sebelum ini. Saya rasa pelik, bagaimana pihak PBT boleh terlepas pandang dengan perkara-perkara yang sensitif sebegini,” tambahnya.

Tambahnya, jika dulu Kota Damansara ini merupakan satu kawasan pembangunan elit yang bersepadu, yang memberi kesejahteraan kepada semua penduduknya tetapi pada hari ini telah bertukar menjadi bandar satelit kancah maksiat yang begitu ketara.

Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment