Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui,
Pilihanraya Umum ke12, Barisan Nasional telah menghadapi ujian yang cukup
getir, malah di beberapa kawasan penting telah dikuasai pakatan pembangkang.
“Kini selepas hampir tiga tahun berlalu, usaha yang tekah dibuat
Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak selaku Perdana Menteri, Pengerusi BN dan
Presiden UMNO, semangat rakyat telah kembali untuk memberikan sokongan yang
cukup padu kepada kerajaan BN.
Hari ini, kita mengajak semua anak muda, sebagai pemimpin-pemimpin
muda di akar umbi, tampil ke depan untuk memberikan satu kesedaran baru,
komitmen tinggi kita untuk menyedarkan anak-anak muda samaada mereka sudah
bersama BN atau mereka masih di luar BN kerana peranan kita adalah untuk
menentukan mereka yakin bahawa BN, parti yang terbaik, parti yang membela nasib
rakyat secara keseluruhannya,” ujarnya ketika merasmikan Program BN Pilihan
Anak Muda peringkat negeri Wilayah Persekutuan, pagi tadi.
Tambahnya, golongan muda di negara ini diajak untuk bersama-sama
kerajaan menentang ideologi baru bawaan pakatan pembangkang, khususnya
berkaitan keberanian mempertikai perkara yang terkandung dalam Perlembagaan
Negara.
Menyifatkan perbuatan itu sebagai cuba "menjahanamkan
kerajaan", Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tindakan mempertikai apa yang dilakukan
kerajaan dalam perkara yang termaktub dalam perlembagaan, yang didakwa tidak
adil kepada rakyat oleh pembangkang merupakan satu tohmahan yang sengaja diputar
belit untuk mengelirukan rakyat.
"Puak pembangkang ini telah membawa ideologi baru dengan mempersoalkan
banyak perkara yang telah kita terima selama ini, persoalkan sebahagian besar
peruntukan dalam Perlembagaan Negara dengan menyatakan bahawa BN tidak berlaku
adil kepada semua kaum dalam negara. Itu semua tohmahan.
Sebab itu, saya nak mengajak anda semua untuk menentang mereka ini
yang merupakan puak-puak yang hendak menjahanamkan Negara. Kita semua anak muda
BN supaya meneruskan momentum sokongan yang bertambah baik kepada parti itu dengan
turun padang bertemu setiap pengundi muda bagi menyedarkan kepentingan menyokong
BN,” tambahnya yang mengajak anak muda
BN adalah turun ke seluruh pelosok di Wilayah Persekutuan untuk bertemu
pengundi dan memujuk mereka untuk bersama berjuang dalam BN.
Hadir sama Pengerusi Pemuda BN Khairy Jamaluddin dan Ketua Puteri UMNO,
Datuk Rosnah Rashid Shirlin manakala Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin
Hussein turut hadir memberikan sokongan namun beredar sebelum majlis bermula
kerana ada program lain yang beliau harus hadiri.
Beliau, yang juga Pengerusi BN Wilayah Persekutuan mahu golongan
muda terutamanya Pemuda BN perlu tampil menjadi benteng bagi mempertahankan
negara daripada menjadi bahan tohmahan pihak berkenaan yang semakin lantang
kebelakangan ini.
“Saya mahu anak-anak muda BN, Pemuda BN mahupun Puteri supaya
meneruskan momentum sokongan yang bertambah baik kepada BN hari ini. Kita turun
padang bertemu setiap pengundi muda, lelaki mahupun perempuan bagi menyedarkan
kepentingan menyokong BN.
"Janjikan kepada mereka bahawa BN akan membela nasib mereka. Jumpa
mereka dengan cara kita yang baik, sopan, dengan perkataan yang sesuai, pujuk
supaya mereka yakin BN akan membela nasib mereka sekarang dan juga di masa depan,"
ujarnya lagi.
8:32 PM
turun padang x da masalah...tapi mau bagitau dulu la ada asyuuk ke..
setakat 50 henget..hampeh!!