Natasha Hudson selamat diijab Kabul

Dengan sekali lafaz pelakon dan model, Natasha Hudson, 30, selamat diijab kabul dan sah bergelar isteri penyanyi dan komposer, Carleed Khaza, 33, pada majlis yang berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan di sini, kira kira jam 12 tengah hari tadi. 
                
Dua kali gagal dalam perkahwinan sebelum ini, pintu hati Natasha Hudson akhirnya terbuka untuk menerima Carleed Khaza sebagai teman hidupnya.

Pasangan ini dinikahkan hari ini di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta dan dikhabarkan tiada majlis resepsi dibuat.

Hubungan Natasha dengan Carleed pada mulanya terbina atas dasar kawan kerana sudah mengenali sejak zaman persekolahan lagi.

Namun, kedua-duanya bertambah rapat apabila bekerjasama melalui lagu, duet Jika Ku Boleh Ubah Dunia.

Tahniah diucapkan buat Natasha dan Carleed. Semoga menjalani kehidupan berumahtangga penuh berkat.
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment