Penjaja & Peniaga Kecil Mainkan Peranan Dalam pembangunan Ekonomi Negara- TPM


Kumpulan penjaja dan peniaga kecil mempunyai peranan besar dalam menyumbang kepada pembangunan ekonomi Negara adalah amat besar kerana kita sedar pada hari ini, yang nak diberikan perhatian dan tumpuan oleh kerajaan khususnya Kerajaan barisan Nasional (BN) di peringkat pusat ialah bagaimana kita nak membantu rakyat, menolong rakyat agar kehidupan akan bertambah lebih baik.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, usaha dan pendekatan kerajaan ini bukanlah satu perkara baru, namun sejak Dasar Pembangunan Negara kita laksanakan, tujuan tidak lain ialah kita dapat memajukan dan memakmurkan Negara kita dan secara langsung memberikan faedah kepada rakyat Malaysia.

“Kalau Negara itu maju, ekonomi akan berkembang dengan pesat, industri bercambah seperti cendawan, peluang pekerjaan dapat kita sediakan dengan banyak sekali, maka pendapatan rakyat akan meningkat.

Mungkin tuan-tuan dan puan-puan sendiri dapat merasakan, ketika mula berniaga dulu pendapatan kita kecil sekali, namun kita apabila ekonomi telah berkembang, rakyat kita telah memperolehi pendapatan yang lebih baik kerana usaha kerajaan dahulu seperti di Selangor dan di pusat, mencari jalan agar ekonomi kita semakin maju lagi,” ujarnya ketika pertemuan bersama Persatuan Penjaja Dan Peniaga Kecil Negeri Selangor di Kompleks Belia Dan Kebudayaan, Shah Alam tengahhari tadi.

Tambahnya, teras perjuangan BN adalah meletakkan Negara kita sebagai sebuah Negara yang maju. Kita telah menetapkan pada tahun 2020, Malaysia menjadi sebuah Negara maju yang berpendapatan tinggi.

“Ini komitmen kerajaan BN, jika kita lihat ramuan yang ada dalam Negara kita, ia sudah cukup untuk meletakkan Malaysia sebagai sebuah Negara maju dalam tempoh lapan tahun yang akan datang.

Tapi yang nak ditekankan bukan sahaja Negara maju, yang nak ditekankan ialah pendapatan rakyat mesti tinggi,” ujarnya lagi.

Dalam masa yang sama, Muhyiddin menemplak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mencanangkan untuk menghapuskan PTPTN jika menang pilihan raya umum.

“Kalau saya yang pinjam duit PTPTN, saya pun seronok juga, tak payah bayar tetapi jika itu yang dilakukannya, maka akan terhentilah tabung tersebut. Apa cerita dengan anak-anak kita sekarang yang nak belajar di universiti?

Kalau tak dapat biasiswa, bapa nak dapatkan duit dari bank, tidak ada bank yang mahu mengadakan peruntukan kalau tak kerajaan yang menyediakan RM43 bilion, wang inilah yang kita gunakan untuk membiayai pendidikan anak-anak kita. Bagaimana Anwar kata kalau dia menang, dia nak hapuskan semua sekali?”, tambahnya.

Ujarnya, usaha Anwar itu untuk menyedapkan hati sekelompol kecil tapi akan merugikan sebahgian besar rakyat Malaysia. Anwar hanya pandai bermain politik, berjanji bermacam-macam tanpa memikirkan kesannya.




Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment