BENCINYA Pakatan kepada institusi beraja di
Malaysia bukanlah satu perkara rahsia.
Perbincangan ini bukan berdasarkan apa yang keluar dari mulut Anwar,
tapi juga berdasarkan kepada beberapa kejadian yang telah berlaku sebelum ini
menunjuk kepada hakikat tersebut. Kalau
ikut apa cakap Anwar, semuanya pun dia akan turut, dia akan pertahankan (kita
semua tahupun Anwar cakap saja lebih).
Paling jelas tentulah mengambil iktibar apa
yang berlaku Perak bila kerajaan DAP (ber menteri besarkan PAS), runtuh kerana
keengganan DYMM Sultan Perak memperkenankan permintaan Datuk Seri Nizar
Jamaludin untuk membubarkan dewan setelah 3 ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan,
melompat menjadi Bebas mesra Barisan Nasional (BN).
Ditambah dengan tindakan Pengerusi DAP,
Karpal Singh mengeluarkan kenyataan untuk menyaman Sultan Perak berhubung
perkara yang sama pada 2009, sehingga dituduh di bawah Akta Hasutan di
Mahkamah.
Terbaru, blog AIDC mendedahkan disini sikap
kurang ajar ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang tidak menghormati majlis
Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agung, Sultan Abdul Halim
Muadzam Shah, di Istana Negara Jalan Duta semalam. Dilaporkan beberapa ahli Parlimen Pakatan,
‘menghina’ setiap raja-raja Melayu dan pemimpin negara yang berjalan masuk ke
dewan tempat istiadat pertabalan dijalankan.
Semua ini mencetus persoalan, adakah kita
rakyat Malaysia dapat sekali lagi melihat istiadat pertabalan yang unik di
dunia ini berlaku lagi di negara kita jika Pakatan Rakyat mengambil alih
Putrajaya dalam pilihanraya umum yang akan datang? Bertahan lagikan institusi beraja yang
menjadi payung kepada ketuanan Melayu di negara kita ini?
Ketuanan melayu dalam erti kata Sultan dan
Raja mestilah terdiri daripada orang Melayu sahaja, bukan konsep ‘tuan dan
hamba’ yang cuba diputar belitkan Pakatan Rakyat.
Memang proses untuk menukar kerajaan beraja
kepada republik itu panjang, tapi itu bukanlah mustahil untuk dilakukan.
Sekarang pun cakap-cakap mengenai penubuhan
republik itu sudah menjadi rahsia umum di kalangan pemimpin pembangkang,
terutama DAP. Antara sebab kenapa Datuk
Dr Hasan Ali dan NGO Jatinya memilih pendekatan IMR (Islam, Melayu & Raja)
kerana beliau sedar dengan agenda jahat DAP semasa menganggotai Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor dulu.
Usaha yang bakal dilakukan begitu sistematik,
bermula dengan mengikis sedikit demi sedikit hak Melayu dan Islam di negara
ini. Sebab itu perkara-perkara berkaitan
ibadah yang dulu boleh dilakukan di negara ini oleh umat Islam tanpa halangan,
kini menjadi kesalahan di negeri atau kawasan yang dikuasai DAP.
Antaranya tradisi bertakbir dari rumah ke
rumah pada malam sambutan Hari Raya Aidilfitri, malah mengaji sebelum
kedatangan Azan pun kini sudah menjadi satu ‘kesalahan’.
DAP tidak akan bising kalau tidur diganggu
dengan bunyi letupan mercun setiap kali malam perayaan, tapi akan bising (malah
membuat laporan polis) kalau pembesar suara masjid berhampiran mengalunkan
bacaan ayat-ayat suci al-Quran sebelum Azan atau jemaah bertakbir dari rumah ke
rumah.
Peliknya, parti yang majoriti dianggotai
orang Melayu dan Islam, PAS dan PKR redha dengan semua tindakan DAP ini. Paling jijik tentulah PAS, sanggup mencari
ayat-ayat al-Quran yang boleh ditunggang terbalik untuk menyokong tindakan DAP
itu.
Pakatan, terutama DAP tahu, selagi orang
Melayu dan institusi Islam di negara ini kuat, selag itulah sistem beraja ini
tidak akan dapat disentuh. Maka itu
mereka mengambil pendirian menyerang Melayu dan Islam untuk melemahkan yang di
atas (sistem beraja). Malang dan
sedihnya, masih ada segelintir orang Islam dan Melayu sendiri yang bersekongkol
dengan puak-puak ini tanpa menyedari mereka sendiri bakal menjadi mangsa
penindasan jika penubuhan republik itu
menjadi kenyataan.
Kalau ikut cakap memanglah semua akan nafikan
tapi itu semua demi undi. Kalau sebut
terus terang nanti, undi lari dengan sendiri.
Contoh DAP dan Malaysian Malaysia.
Terang-terang konsep Malaysian Malaysia itu mengikis hak keistimewaan
orang Melayu dalam perlembagaan tapi selamba Lim Kit Siang boleh kata DAP akan
sokong perlembagaan persekutuan.
Logiknya, kalau nak bagi semua sama rata
(Malaysian Malaysia), bagaimana pula dalam masa yang sama kekalkan hak
keistimewaan melayu?
Justeru, WAJIB semua orang Melayu dan Islam
di negara ini bersama-sama dengan UMNO, Barisan Nasional dan NGO-NGO yang berjuang
mempertahankan perlembagaan Malaysia dan institusi beraja/Islam di negara ini
demi masa depan negara yang lebih baik.
0 Komen