Pemimpin pembangkang sekarang makin lama makin mereng otaknya, ada
saja isu yang mereka rekacipta untuk kepuasan sendiri tanpa mengira logik atau
tidak setiap isu yang mereka spekulasikan itu.
Perihal Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memangku
jawatan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pun boleh
mereka jadikan isu dengan menggambarkan kononnya isteri PM, Datin Seri Rosmah
akan menguasai kementerian tersebut secara tidak langsung.
Dengan kata lain, pembangkang cuba menanam keyakinan umum kononnya
PM tidak mempercayai pemimpin wanita UMNO yang lain untuk mengambil alih
jawatan Menteri yang sebelum ini dijawat oleh Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri
Shahrizat Abdul Jalil.
Melihat kepada spekulasi yang digembar gemburkan oleh pemimpin
pembangkang itu, ternampak jelas tujuan mereka hanyalah untuk merosakkan
reputasi PM dan isterinya di mata rakyat.
Resam pemimpin pembangkang sejak dulu hingga sekarang rutin
hariannya mencipta isu, misal kata kalau PM melantik Naib Ketua Pergerakan
Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim ke jawatan tersebut, mereka akan mengatakan
PM menyebelahi Kamilia untuk menjatuhkan Shahrizat.
Jika Ketua Puteri UMNO pula dilantik ke jawatan Menteri, PM akan
di tuduh sengaja menafikan hak pemimpin Wanita UMNO.
Apa saja langkah PM tentu saja akan dijadikan isu dan
dispekulasikan mengikut kemahuan pembangkang sementelah pula tabie penyokong
bawahan mereka ramai dari jenis makan bersuap tanpa soal jawab, lagilah mudah
untuk terima buta tuli setiap isu yang dibangkitkan oleh pemimpin mereka.
Sedangkan semua maklum, langkah PM memangku sementara jawatan
tersebut bertitik tolak daripada permintaan Wanita UMNO sendiri sewaktu
perjumpaan tempohari bertujuan untuk memperkukuhkan perpaduan Pergerakan Wanita
UMNO.
Sebenarnya, pemimpin pembangkang tahu apabila jawatan kementerian
tersebut dipangku sementara oleh PM ianya akan meningkatkan semangat ahli
Pergerakan Wanita UMNO untuk fokus pada gerakan menghadapi pilihanraya.
Tidak timbul isu Rosmah akan mengambil alih jawatan tersebut atau
menguasainya secara tidak langsung, lagipun dalam sejarah UMNO mahupun BN tidak
pernah sesekali melibatkan isteri dalam urus tadbir negara, negeri atau parti.
UMNO dan BN bukannya seperti PKR mahupun pun DAP yang menjadikan
parti sebagai milik keluarga.
Dalam PKR, yang struktur partinya pelik dan luar tabie dapat kita
saksikan bagaimana sang suami, isteri dan anak begitu menguasai parti semacam
menguruskan syarikat milik keluarga sendiri.
Mana tidaknya, tatkala Ketua Umum PKR adalah Anwar Ibrahim,
Presiden parti pula ialah isterinya, Wan Azizah dan anak sulung Anwar, Nurul
Izzah pula dilantik sebagai Naib Presiden parti manakala Timbalan pula dipegang
oleh kroni paling rapat, Azmin Ali.
Bukankah itu menunjukkan PKR adalah antara parti politik yang
paling unik, pelik dan luar tabie di Malaysia dan kebetulan pula PKR tidak
sendirian kerana DAP juga mempunyai tabiat sedemikian sejak sekian lama apabila
ahli keluarga sendiri saja yang dipercayai untuk memegang jawatan tertinggi
parti.
Lim Kit Siang yang sudah hampir 40 tahun menguasai DAP bukan
sahaja telah meletakkan anak kesayangannya sebagai Setiausaha Agung DAP dan
Ketua Menteri Pulau Pinang malah menantu tersayangnya Betty Chew juga diberi
kepercayaan mewakili DAP bagi DUN Kota Laksamana, Melaka.
Sementara itu, Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan
sejak 22 tahun lalu juga tidak sunyi dalam hal membabitkan keluarga dalam
urusan parti dan kerajaan negeri. Menantu Nik Aziz, bukan sahaja telah dilantik
sebagai CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) malah dalam percaturan
untuk PRU akan datang juga sedang diura-urakan akan menjadi calon di salah satu
kerusi Dewan Undangan Negeri.
Manakala anaknya, Nik Abduh pula pernah dilantik sebagai ahli
jawatankuasa dalam Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI)
selama 8 tahun sebelum meletak jawatan pada Februari 2011 berikutan isu kroni
anak menantu Nik Aziz dalam pentadbiran kerajaan negeri selain turut memegang
jawatan dalam sayap kanan Pas sebagai Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat
hingga kini.
4:26 PM
Kalau mengikut kiraan setelah ditohmah oleh pembangkang PM boleh lah membuat lantikan semula untuk Sharizat memegang jawatan yang dipangku oleh PM. Peduli apa dengan mereka. PM kan ada kuasa. Mereka kan Parti Kelirukan Ra'ayat. Tak kan nak lantik wan azizah atau pun Nurul. Pergi mampuslah dengan mereka.