Datuk
Seri Shafie Afdal hari ini secara terbuka menafikan dengan sekeras-kerasnya
dakwaan bekas pemandunya, Noor Azman Azemi yang mengaitkan beliau dengan
pembayaran wang dalam jumlah yang besar kepada seorang artis Zahida Rafik sejak
beberapa tahun lalu.
Dalam
satu kenyataan dikeluarkan petang ini, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
itu berkata, segala maklumat yang disebutkan dalam laporan polis yang dibuat
oleh Noor Azman, yang dibuat bulan lalu, adalah tidak benar sama sekali.
“Saya
mengikuti dengan rapat beberapa laporan dalam media dan blog-blog tempatan yang
telah mengaitkan nama saya dengan satu laporan polis oleh seorang yang bernama
Noor Azman bin Azemi yang bertarikh 13 Mac 2012, yang mendakwa bekerja sebagai
pemandu di bawah saya, dan mengaitkan saya dengan pembayaran wang yang sebegitu
banyak kepada seorang artis bernama Zahida Binti Mohamed Rafik,” kata beliau
yang juga Naib Presiden Umno.
Shafie
berkata, tindakan segelintir pihak yang menyebarkan laporan polis tersebut
sebagai berniat jahat yang bermotifkan kepentingan politik pihak tertentu.
Dalam
kenyataannya, Shafie turut menegaskan, beliau tidak akan teragak-agak untuk
mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang berterusan
memfitnah dan mengaitkan namanya dengan isu tersebut.
Zahida
sebelum ini membuat laporan polis terhadap Noor Azman yang dikatakan telah
melarikan sejumlah RM200,000 wang syarikatnya setelah meminta pemandunya itu
memasukkan wang tersebut dalam akaun syarikat perniagaan milik keluarganya.
Minggu
lalu, Noor Azman pula membuat laporan polis mendakwa bahawa seorang menteri
Kabinet menyerahkan wang sejumlah RM1.5 juta kepada Zahida.
Spekulasi
itu terus meruncing apabila beberapa pemimpin parti politik pembangkang membuat
sidang akhbar menyebarkan dakwaan tersebut dengan mengaitkan nama Shafie
sebagai menteri terbabit yang memberikan wang beberapa kali kepada Zahida dalam
jumlah yang besar.
Noor
Azman, 38, yang bekerja sebagai pemandu peribadi Zahida sejak tiga tahun lalu
mendedahkan skandal itu dalam laporan polis terhadap artis itu, yang menuduhnya
melarikan wang RM200,00. Tuduhan Zahida terhadap Noor Azman itu dilaporkan
sebuah akhbar pada 3 Mac lalu.
Berikut
kenyataan penuh Datuk Seri Shafie:
“Saya
mengikuti dengan rapat beberapa laporan di dalam media dan blog-blog tempatan
yang telah mengaitkan nama saya dengan satu laporan polis oleh seorang yang
bernama Noor Azman bin Azemi (No. K/P: 740214146237) No report AMPANG/007017/12
yang bertarikh 13 Mac 2012 yang mendakwa bekerja sebagai pemandu di bawah saya,
dan mengaitkan saya dengan pembayaran wang yang sebegitu banyak kepada seorang
artis bernama Zahida Binti Mohamed Rafik,” katanya.
“Dengan
ini, saya ingin menyatakan bahawa semua yang tertera di dalam laporan polis
berkenaan adalah TIDAK BENAR sama sekali dan kenyataan-kenyataan iringan oleh
individu yang menyebarluaskan salinan laporan polis berkenaan adalah BERNIAT
JAHAT dan BERUNSUR POLITIK semata-mata.
“Sehubungan
dengan itu, saya bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa
saja yang terus-terusan memfitnah saya dan mengaitkan saya dengan perkara ini.
11:05 PM
Samana saja Datuk
Jangan tunggu lagi
10:31 AM
Saman 1 billion. Nanti mahkamah turun kan separuh jadi 500 juta. Berape percent Dato kasi pun saya Terima. Saman saman saman yeah. Hidup saman.
10:04 PM
3kEtn ghd hair straightener
dNog ugg boots sale uk
mEyo michael kors handbags
3nRld GHD Hair Straightener
0jCgg burberry usa
4eTke ugg australia
4xTsg ghd hair straighteners
6fTtp cheap louis vuitton
9uEtl michael kors outlet
6nXvn best hair straighteners
1lAlf ugg boots sale
8lLwv nike nfl jerseys
4zSzd michael kors outlet
0cEyw lisseur ghd pas cher
7vPag ugg boots
8:10 PM
vQjt ghd flat iron
hZuq ugg boots on sale
kOoj michael kors purses
3pCje GHD Hair Straightener
4kXyb burberry outlet online
1lBgk ugg pas cher
7vDuh ghd hair straighteners
6jYbe louis vuitton sale
9wVmd michael kors outlet
6hNst ghd straighteners
0sBfi ugg boots sale
5uPln nike nfl jerseys
4zFzo michael kors outlet
6pKuz styler ghd
0dVeq discount uggs