SMS Speaker Bukti Kerajaan Selangor Caca-Marba - Noh Omar


Tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Datuk Teng Chang Khim menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Exco pada persidangan DUN, membuktikan kerajaan pakatan pembangkang itu ketika ini berada dalam keadaan "caca-marba".

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar mendakwa tindakan Teng itu jelas menunjukkan kesemua pemimpin kerajaan negeri pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu termasuk Menteri Besar dan anggota Exco tidak tahu mengenai peranan masing-masing.

"Seharusnya perkara sebegini tidak berlaku tetapi apabila semua pihak dalam kerajaan pakatan tidak tahu peranan masing-masing dan semua mahu tunjuk pandai, ini yang terjadi.



"Tindakan (menghantar SMS) tersebut seterusnya merendahkan serta satu penghinaan terhadap kebolehan Exco, seolah-olah Exco ini tidak tahu buat kerja sehingga terpaksa Speaker pula yang memberi arahan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Larian 'Secupak Budi, Sepenuh Hati' anjuran Padi Beras Nasional Berhad (Bernas) di sini, hari ini.
Pada sidang DUN Selasa lepas, Teng menghantar SMS meminta semua anggota Exco kerajaan negeri "menggunakan peluang secukupnya" untuk menjelaskan kejayaan kerajaan negeri itu memerintah Selangor selama empat tahun dalam sesi penggulungan perbahasan.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata perkara tersebut juga berlaku kerana kerajaan negeri pimpinan PKR itu tidak mempunyai apa-apa pencapaian yang boleh dibanggakan.

"Bila tiada point untuk dia (Menteri Besar) mahu cakap yang boleh dimaklumkan di dalam dewan mengenai kejayaan pembangunan yang dicapai oleh kerajaan negeri, jadi speaker pula terpaksa bagi tunjuk-ajar apa yang perlu dicakap," katanya.

Pada majlis itu, Noh turut menyampaikan cek bernilai RM184,231.15 sumbangan Bernas kepada lima buah rumah anak-anak yatim di sekitar Kuala Selangor.

Wang sumbangan tersebut merupakan hasil kutipan Bernas melalui kempen tanggungjawab sosial korporatnya iaitu program 'Secupak Budi, Sepenuh hati' yang dilancarkan pada Julai tahun lepas.
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment