`Sumpah Keramat 1998’ Berulang- Dulu Julang Anwar, Kini TIBAI Anwar Ibrahim


Pesuruhjaya Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) Selangor, Wan Indera Putra meminta rakyat khususnya sahabat-sahabat seperjuangan yang merindui nostalgia ‘Sumpah Keramat’ 1998, nostalgia ini akan berulang kembali melalui ‘Sumpah Keramat 2012’.

“Jika dulu, sumpah keramat 1998 merupakan perjuangan yang mengangkat dan menjulang perjuangan Anwar, sebaliknya kini, Sumpah Keramat 2012 merupakan satu usaha kita untuk menibai perjuangan Anwar Ibrahim ini.

Oleh itu, rakyat yang dahagakan keadilan dan kebenaran, marilah bersama-sama dengan TIBAI, untuk kita sama-sama berjuang untuk menolak perjuangan kotor dan songsang yang dibawa oleh Ketua pembangkang ini,” ujarnya yang juga mantan Setiausaha Pemuda PKR Negeri Selangor.

Kelab menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dinamakan sebagai Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim atau ringkasnya Tibai, dilancarkan secara rasmi 22 April lalu dengan pemimpinnya bertekad mahu mencabar Ketua Pembangkang itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Matlamat kelab ini untuk membangkitkan kesedaran maksimum di kalangan rakyat untuk terus menolak Anwar dan sekutunya pada PRU13 akan tetap diteruskan.

Tibai yang disertai oleh bekas pemimpin tertinggi PKR ditubuhkan khusus untuk berjuang habis-habisan menolak Ketua Pembangkang itu daripada arus politik perdana. Tibai akan  memfokus empat negeri iaitu di Wilayah Persekutuan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.

“Antara yang menyertai TIBAI ialah Senator Datuk S Nalakaruppan; Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong; bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari; bekas pengasas PKR,  Ng Lum Yong; Ketua Penerangan Perkasa, Ruslan Kassim; bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah; Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor, Hamidzun Khairuddin dan bekas pembantu Anwar, Rahimi Osman.

Semuanya sahabat-sahabat yang pernah berjuang untuk mengangkat, menjulang aspirasi perjuangan reformasi Anwar 1998. Namun aspirasi perjuangan ini juga akan menentang perjuangan Anwar hari ini,” tambahnya. Sehubungan dengan itu, harapan kami agar rakyat dapat membuka mata dan hati untuk menilai dan menolak perjuangan Anwar yang ternyata sonsang. Jangan biarkan diri terus terpedaya dengan permainan dan lakonan Anwar Ibrahim. 

Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.