Undang-undang baru ganti ISA tidak hadkan kuasa PDRM- Hisham


Undang-undang baru bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak akan menghadkan kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjamin keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata PDRM berpuas hati mengenainya dan yakin dapat melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik.

"Sememangnya akta baru itu tidak boleh dibentang sekiranya polis sebagai 'end user' yang memastikan keselamatan negara sendiri tidak selesa dengan akta baru berkenaan.

"Jadi saya bagi jaminan hari ini, PDRM maklumkan apa yang akan dibentang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak esok, mereka (PDRM) yakin mereka dapat jamin keselamatan dan ketenteraman awam," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau berkata Kabinet juga bersetuju untuk memperkasakan PDRM bagi
meningkatkan keupayaan pasukan daripada segi menjalankan siasatan, perundangan, risikan, pemantauan dan hubungan dua hala dengan negara jiran.
"Saya hendak beritahu bahawa perbincangan mengenai undang-undang menggantikan ISA ini telah dibuat dengan dengan pihak berkepentingan seperti Suhakam, Majlis Peguam dan badan bukan kerajaan sejak tahun 2009 yang mengambil kira beberapa perkara termasuk tempoh tahanan," tegasnya.

Sementara itu mengulas isu lain,  Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno bersetuju agar sebuah suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan beberapa pemimpin pembangkang mempersendakan raja-raja Melayu ketika istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14 baru-baru ini.

Katanya penubuhan itu wajar bagi memastikan duduk sebenar dakwaan tersebut memandangkan "tuan punya badan" menafikan.

"Kalau kita siasat sendiri, mereka kata tidak adil. Tidak ada sebab mengapa suruhanjaya tidak boleh diadakan kalau itu dapat meyakinkan orang ramai bahawa institusi raja perlu dihormati," katanya yang mengulas cadangan seorang lagi Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Kekal Di Sembrong

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Sembrong sekalipun ada khabar angin menyatakan beliau akan bertanding di Kota Tinggi.

Katanya beliau mahu meneruskan tanggungjawab membela nasib masyarakat di Sembrong yang telah mengundinya pada pilihan raya umum lepas.

"Hari ini jelas, orang tahu saya tidak akan ke mana, tetapi kedudukan calon itu terserah kepada Perdana Menteri untuk menentukan. Penyatuan rakyat di Sembrong ini tidak datang bergolek dan kita sudah banyak melabur wang ringgit, masa, air mata dan keringat dalam beberapa tahun ini," katanya. (MalaysianView)
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment