Apa lagi nie .... Bersih 4.0


Satu perhimpunan membabitkan peniaga di lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR), akan diadakan di hadapan rumah Datuk S Ambiga di Bukit Damansara hari ini sebagai tindakan balas ke atas penganjur perhimpunan Bersih 3.0 itu yang mengakibatkan kerugian jutaan ringgit.
Dianjurkan Majlis Tindakan Peniaga Kuala Lumpur, perhimpunan diberi nama Bersih 4.0 itu dijangka dihadiri lebih 10,000 penyokong termasuk 60 peniaga yang menanggung kerugian dan kerosakan harta benda sewaktu ketiga-tiga perhimpunan Bersih diadakan.
Pengerusinya, Datuk Jamal Md Yunos berkata, pihaknya tampil menganjurkan perhimpunan itu selepas mendapat maklum balas daripada peniaga di lorong TAR yang tidak berpuas hati selepas segala aduan mereka berhubung kerugian akibat Bersih tidak dilayan.
Katanya, Bersih 4.0 didasarkan kepada memberi maklumat kepada umum mengenai perhimpunan sebenar yang mendapat kebenaran pihak berwajib dan ia diadakan secara aman serta tidak membabitkan sebarang ancaman keselamatan kepada orang awam.
“Selain berhimpun, kita juga akan menjalankan perniagaan di 60 lot niaga di hadapan rumah Ambiga supaya dia sendiri merasa gusar dan terganggu seperti mana dalam perhimpunan dianjurkannya sebelum ini.
“Ia juga satu isyarat jelas untuk meminta pihak berkaitan supaya tidak lagi menganjurkan perhimpunan seumpama itu pada masa depan kerana ia menyusahkan orang ramai selain mengundang rasa tidak tenteram di kalangan masyarakat,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Bersih 4.0 di sini.
Hadir sama, Pengerusi Perdasama Muda, Datuk Sohaimi Shahadan dan Pengerusi Persatuan Peniaga dan Penjaja Lorong TAR, Mahadzir Jaafar.
Jamal berkata, pihaknya akan mendapatkan permit daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail esok dan memulakan perniagaan jam 3 petang dan dijangka berakhir jam 8 malam.
Menurutnya, ketika ini semua 60 lot terbabit sudah habis ditempah dan pihaknya menganggarkan peniaga akan memperoleh pendapatan sebanyak RM300 hingga RM500 pada hari berkenaan memandangkan ia mendapat maklum balas banyak pihak.
Sementara itu, Sohaimi berkata, perhimpunan itu ialah susulan daripada protes senyap peniaga sebelum ini yang kesal dengan tindakan penganjur Bersih sebelumnya kerana tidak menghiraukan rintihan mereka yang terjejas punca pendapatan ekoran kejadian itu.
“Sebelum ini, penganjur Bersih 3.0 sudah diberikan amaran agar tidak meneruskan perhimpunan. Tapi mereka tetap berdegil, yang menanggung akibatnya ialah peniaga di Lorong TAR ini. Yang datang semua daripada luar, lepas itu menghilang.
“Ada peniaga kerugian jualan terjejas, kerosakan barangan dan sebagainya, jadi kita nak Ambiga tahu betapa sukarnya saat berdepan dengan kekecohan itu. Kita cuma berniaga, bukan nak merusuh, itu sudah cukup untuk mengajar dia,” katanya.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment