Bas, parkir percuma di Himpunan Jutaan Belia


Putrajaya, 22 Mei - Bagi memudahkan lebih dua juta pengunjung yang dijangka akan menghadiri Himpunan Jutaan Belia yang akan berlangsung esok hingga 27 Mei ini, pihak penganjur telah menyediakan sebanyak 16 kawasan parkir awam percuma berhampiran lokasi aktiviti-aktiviti program itu diadakan.

Kementerian Belia dan Sukan dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, parkir percuma tersebut mampu memuatkan sebanyak 5,670 kenderaan pada satu masa.

Kata kenyataan itu lagi, pengunjung turut mempunyai alternatif lain bagi meletak kenderaan iaitu di Putrajaya Sentral dan Presint 9 yang menyediakan hampir 500 ruang tempat meletak kenderaan berbayar.

Pengerusi Jawatankuasa Logistik, Keselamatan dan Kebersihan program, Mohd. Ali Jabar berkata, untuk memudahkan pengunjung menggunakan pengangkutan awam pula, KBS turut menyediakan sebanyak 20 bas bagi membawa pengunjug ke sekitar tapak program.

"Kita menyediakan perkhidmatan bas Nadi Putra yang terpapar logo 'Himpunan Jutaan Belia' dan ini boleh dinaiki secara percuma oleh pengunjung sepanjang program ini berjalan," katanya.

Jelas beliau, kesemua bas tersebut melalui empat laluan utama dengan kekerapan setiap laluan antara 15 hingga 30 minit.

Ini termasuk Laluan 1: Dari Putrajaya Sentral; Laluan 2: Dari Presint 9 - Presint 11 - Presint 8; Laluan 3: Dari Presint 14 - Presint 16 - Presint 18 dan Laluan 4: Dari Presint 5 - Presint 6

Tambah beliau, 12 buah trem pula turut disediakan bagi membawa pengunjung di sepanjang Persiaran Perdana yang mampu memuatkan 20 orang penumpang pada satu-satu masa.

Orang ramai boleh menghubungi Mohammad Nawwar Faiq Mohamad Noh di 019-3299802 untuk sebarang pertanyaan lanjut. 

Masa operasi bagi bas dan trem Himpunan Jutaan Belia:
i. 23 Mei 2012 (Rabu) : 4.00 petang hingga 11.00 malam
ii. 24 hingga 27 Mei 2012 (Khamis - Ahad) : 9.00 pagi hingga 11.30 malam
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment