WAKAF BHARU – Mungkin ramai yang berpendapat
di negeri ini tidak ada pusat hiburan yang menyediakan perkhidmatan GRO.
Pendapat itu ternyata meleset apabila
sepasukan anggota polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7)
Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan menahan seramai tujuh orang GRO
warga Thailand ketika sedang asyik melayan 20 pelanggan di pusat karaoke, di
Kota Kubang Labu kira-kira pukul 1 pagi, Ahad lalu.
Paling menarik, pusat karaoke yang
berselindung disebalik nama restoran itu telah diserbu oleh pihak polis pada 11
Mei lalu dan menahan beberapa orang GRO asing.
Justeru itu, timbul tanda tanya kenapa tiada
penguatkuasaan daripada Majlis Daerah Tumpat untuk menutup premis tersebut
daripada terus beroperasi.
Sewajarnya Majlis Daerah Tumpat lebih peka
dengan keadaan semasa tambahan pula ia mencemar nama baik negeri ini yang
dikenali sebagai Negeri Serambi Mekah.
Tambah memalukan ketika serbuan terdapat
pengunjung muslim yang dikatakan turut meneguk ‘air syaitan’ – arak.
Jurucakap polis berkata, pengusaha premis
rumah kedai dua tingkat itu yang juga sepasang suami isteri turut ditahan.
“Kita sudah membuat serbuan namun mereka
masih degil mengulangi kesalahan sama dan dalam serbuan kali kedua ini
nampaknya semakin ramai GRO bekerja di sini.
“Kesemua wanita yang ditahan ini adalah warga
asing yang tidak mempunyai permit kerja dan mereka telah menyalah gunakan pas
lawatan sosial ke negara ini.
“Kita turut merampas pelbagai peralatan
karaoke termasuk pembesar suara, cakera padat (CD) serta komputer yang
dianggarkan bernilai RM5,000,” katanya.
Kesemua GRO terbabit akan didakwa di bawah
Akta Imigresen manakala pemilik pusat hiburan itu akan didakwa kerana mengupah
pekerja tanpa permit.
Sahabat-Gunung:
Mungkin Nik Aziz dan puak-puak haram J nie akan mengatakan ini pun salah UMNO….
Korang percaya tak?
0 Komen