Kerajaan tidak pernah politikkan golongan belia

Sebahagian Duta Duta dan Pesuruhjaya Tinggi Asing sedang
menyaksikan World Youth Jazz Festival di Himpunan Jutaan Belia
  

Kerajaan terbuka menerima pandangan daripada mana-mana pihak untuk pembangunan belia yang produktif kerana berpegang kepada pendirian bahawa agenda belia tidak wajar dipolitikkan, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata kementerian telah menjemput beberapa wakil rakyat tanpa mengira fahaman politik bagi meninjau perjalanan sambutan Himpunan Jutaan Belia sempena Hari Belia Negara 2012 di sini, yang memasuki hari ketiga hari ini.

"Kerajaan tidak pernah mempolitikkan segala perkembangan dan aktiviti yang melibatkan golongan belia.

"Buktinya melalui program tinjauan mesra hari ini, kita juga disertai oleh wakil rakyat PAS, Dr Che Rosli Che Mat (Hulu Langat)," kata Ahmad Shabery kepada pemberita selepas melawat gelanggang futsal 1Malaysia di Presint 16, di sini hari ini.

Tinjauan itu turut disertai sembilan anggota parlimen termasuk daripada kerajaan dan pembangkang, 32 wakil kedutaan dan beberapa penaja sambutan program berkenaan.
   
Mereka dibawa menyaksikan, antaranya pertunjukan demonstrasi sukan permotoran lasak, 'Motorcross Freestyler Extreme' yang menampilkan empat penunggang dunia dari Jepun di tapak litar Freestyler Putrajaya.

Para pengunjung juga boleh menyaksikan persembahan hebat daripada empat penunggang motor lasak itu -- Eigo Sato, Shinichi Kaga, Suzuki Daisuke dan Kugimora Kota -- bermula pukul 9 malam ini.

Ahmad Shabery berkata pada tahun ini, penyertaan pasukan yang menyertai kejohanan futsal sempena Hari Belia Negara dikurangkan kepada 638 pasukan berbanding 1,000 tahun lepas
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment