Ku Menjejak 'Cinta' di Lombok



Satu pengalaman yang cukup sukar untuk gambarkan, namun ianya satu pengalaman dan kenangan yang sukar untuk ku cerita satu persatu di keterbatasan waktu dan kekangan internet di bumi Lombok hari nie ...

Cukuplah ku katakan bahawa hari nie pengajaran buat kami wakil dari Kelab Putera 1Malaysia yang cuba membawa balik Suriani Abd Wahab dari Kg Taliwang, Lombok Barat.

Abdul Khalid Chairul SU Agung Kelab Putera 1 Malaysia yang mengetuai misi ini  berkata, ketika ini proses menyediakan dokumen termasuk pasport dan surat pelepasan Imigrasi Indonesia sedang diaturkan dan ia akan mengambil masa dalam tempoh kurang 48 jam.

Katanya, kerjasama baik diberikan pihak berkuasa itu memudahkan penyediaan segala persiapan dan KP1M terpaksa mengadakan perbincangan sebanyak dua kali di pejabat imigrasi bagi memastikan semuanya berjalan seperti dijadualkan.

Okeylah, setakat ini sahaja berita dari Lombok …… (pemandangan indah Gunung Senggigi) yang duk bersebalahan dengan rumah keluarga mentua Suriani ‘seakan-akan’ mencabar kami untuk kembali menerokai sendiri kemewahan alam yang membawa Suarini selesa bersama masyarakat di sini.

Yang pasti ….. kasih sayang, pengorbanan, cinta, kekecewaan dan perjuangan merupakan hak milik setiap insan….

Tunggu laporan seterusnya kelak …..
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

5 Komen

  1. Anonymous
    9:46 PM

    alang alang ke Lombok, daki la Gunung Rinjani... pengalaman pandakian paling indah mendaki Rinjani pada July 2010

  2. Anonymous
    9:34 AM

    Mana ada gunung Senggigi.... yang ada pantai Senggigi la...... hehehehe tanyalah betul-betul nama gunung tersebut.. kot-kot gunung Rinjani... hehehehhe

  3. ada la...menurut penduduk setempat, ada Gunung Senggigi berhampiran Batu Layar, Lombok Barat. Ia disahkan pegawai pariwisata Nusa Tenggara Barat (NTB)

  4. Su turut memaklumkan bahawa suaminya, Madun punya kebun di Gunung Sengigi. Malah kakak tirinya juga duduk di gunung tersebut.

  5. Terima kasih Yusmizal. Lepas nie kita gegar gunung sengigi plak.

Post a Comment