Mangsa Banjir Batang Kali Terus Dapat Pembelaan kelab Putera 1Malaysia


Kesulitan yang dihadapi oleh kira-kira 870 keluarga di Batang Kali yang menjadi mangsa banjir baru-baru ini mendapat perhatian Kelab Putera 1Malaysia.

Hari ini kelab itu menghulurkan bantuan dapur memasak dan tilam kepada mangsa banjir tersebut yang disampaikan oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar.

Presiden kelab, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata,  bantuan ini diharap dapat membantu  mengurangkan beban mangsa banjir dalam menghadapi kehidupan seharian.

“Hari ini kita akan menyerahkan setiap keluarga satu dapur memasak dan dua biji tilam kepada semua mangsa banjir di sini. Kita tak mampu untuk membantu keseluruhannya, namun dengan usaha ini sekurang-kurangnya dapat membantu mangsa-mangsa banjir semua.

Pemberian bantuan itu diberi tanpa mengira agama, bangsa serta kaum serta ideologi politik bagi memastikan setiap rakyat mendapat manafaat yang sewajarnya daripada bantuan itu," ujarnya yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO ketika menyampaikan bantuan di Pusat Khidmat Masyarakat Barisan Nasional (BN) Batang Kali, di sini hari ini.

Katanya, kawasan yang terlibat ialah Kampung Hulu Kalong, Kampung Genting Malik, Kampung Masjid, Kampung Sekolah, Kampung Tengah, Kampung Seri Cahaya, Kampung Sentosa, Kampung Sungai Masin, Kampung Kuantan, Kampung Batu 30, Kampung Hulu Yam Bharu, Lorong Haji Nordin dan Kuarters Pusat Haiwan.

Majlis ini turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor, Datuk Idris Abu Bakar, Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan, ADUN Batang kali, Datuk Isa Abu Kassim dan ADUN Kuala Kubu Bharu, Wong Kun Moon. 
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

3 Komen

Post a Comment