Belum pun habis sinetron Hudud, kini timbul pula sinetron
Muzakarah arahan Nik Aziz. Kedua-dua
skrip sinetron ini sama saja iaitu sekejap hendak, sekejap tak hendak dan
kemudian salahkan UMNO. Lepas itu,
diam sekejap bila disergah DAP, dan salahkan UMNO lagi. Bila pilihanraya makin hampir, timbul lagi
dan kemudian salahkan UMNO lagi.
Hudud dan Muzakarah timbul kembali akhir-akhir ini adalah bukti
keterdesakan PAS. Dengan maruah yang
sudah tiada lagi, PAS bergelut untuk mengekalkan sokongan bagi menghadapi
pilihanraya umum kali ini.
Pengumuman Hadi Awang untuk tidak bertanding lagi seolah-olah
bukti yang PAS sudah kehilangan semangat, buntu dan kecewa. PAS menjadi mangsa kerakusan dan ketakburan
serta kebodohan pemimpin-pemimpin sendiri.
Jika orang Melayu berpecah dua iaitu Melayu PAS dan Melayu UMNO,
tetapi PAS itu sendiri berpecah seribu.
Ada yang berkiblatkan Anwar Ibrahim, ada yang berkiblatkan Syiah,
Komunis, ada yang masih bermimpi berada di zaman Dato’ Asri, ada yang Wahhabi,
dan ramai lagi yang buta tuli – tidak sedar Negara Islam telah dibuang dari
perjuangan, tidak sedar membontoti belakang peliwat dan tidak kesah menyembah
Dewi Murtad dan LGBT, Ambiga Sreevanesan.
Penyokong-penyokong semuanya dibenarkan menyedapkan hati sendiri
dengan membuat alasan sendiri dalam mempertahankan mana-mana pendirian atau
keputusan parti yang bertentangan dengan keputusan dan pendirian terdahulu,
mahupun yang bertentangan dengan Islam.
Melihat kepada kecelaruan PAS ini, bukankah lebih afdal jika PAS
duduk bermuzakarah sesama sendiri dahulu daripada bergebang mengacah untuk
bermuzakarah dengan UMNO?
Sedangkan, idea muzakarah ini juga nampaknya dibuat tanpa
bermuzakarah. Kerana itulah Hadi cakap
lain dan Nik Aziz cakap lain pula.
Hakikatnya, PAS telah membangkitkan soal muzakarah minggu lepas
dan menegaskan bahawa mereka sanggup bermuzakarah dengan siapa saja termasuk
UMNO. Hakikatnya juga, UMNO telah
menyarankan yang sama berkali-kali sebelum ini, tetapi ditolak mentah-mentah
oleh PAS.
Namun, demi perpaduan ummah UMNO tetap menghulurkan tangan untuk
menyambut tangan Nik Aziz kali ini.
Tidak semena-mena, Nik Aziz menarik balik tangannya, manakala Hadi
Awang pula menyembunyikan terus tangan di belakang. Lalu, kelihatannya hanya tangan UMNO yang
masih terhulur dan dijadikan momokan oleh Nik Aziz konon UMNO yang terdesak
terhegeh-hegeh inginkan perpaduan dengan PAS.
Apapun, UMNO telah menjangkakan bahawa PAS hanya ‘bermain wayang’
dalam soal muzakarah dan tidak terkejut apabila PAS mengenakan berbagai syarat
untuk tujuan itu.
Namun, apa yang lebih menyedihkan ialah ketegasan Nik Aziz
mempertahankan perpecahan ummah walaupun ketika membincangkan soal
muzakarah.
Kata Nik Aziz, muzakarah ini harus berkenaan PAS lawan UMNO dan
tentang kenapa UMNO lawan PAS dan bukannya tentang perpaduan malah beliau mengulangi buat
kesekian kalinya pendirian untuk tidak sekali-kali menyokong perpaduan ummah
antara PAS dengan UMNO.
Jika mengikut kata-kata Nik Aziz maka apa yang disarankan beliau
bukanlah muzakarah tetapi debat, iaitu di mana kedua-dua pihak menyatakan
pertentangan pendapat dan prinsip masing-masing tanpa berniat untuk mencari
jalan perdamaian.
Justeru, apa yang dapat penulis sarankan ialah, tepuk dada,
tanyalah iman. Apakah wajar seorang
Ulama, Tok Guru atau Mursyid bermati-matian menentang perpaduan ummah? Malah
mempersendakan usaha ke arah perpaduan?
Untuk itu, kita jangan sekali-kali lupa akan pesanan Rasulullah
S.A.W tentang kewujudan Ulama Suk (Ulama jahat) di akhir zaman:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan
menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat
daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati
orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati
mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah s.w.t.
berfirman kepada mereka: “Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah
kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah
akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri,
sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab
fitnah itu)”;- (Riwayat Tirmidzi).
0 Komen