PAS Keluar Pakatan Rakyat?


Satu benda yang memang dijangka, namun ianya sekadar satu lakonan pentas politik dan rancangan terbesar Pakatan Pembangkang sebelum menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.

Sejak awal pagi tadi heboh mengatakan PAS keluar Pakatan Rakyat ….

Mengapa dan kenapa, entahlah tapi aku melihat ini tindakan terdesak PR untuk mengembalikan semula undi orang Melayu yang ternyata sama sekali menolak perjuangan PAS hari ini …

Mereka keluar dari PR untuk menunjukkan bahawa PAS tidak lagi mahu bersekongkol dan bersekutu dengan PKR dan DAP….. sekaligus yakin bahawa undi orang Melayu akan kembali pada mereka …. Dan selepas PRU 13 kelak, mereka akan kembali bersatu …..

Tunggu berita selanjutnya selepas ini….
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

5 Komen

  1. Anonymous
    1:59 PM

    katakan TIDAK kepada PAS , Dulu,Kini dan Selamanya..sekalipun mereka keluar dari PAKATAN.

  2. Anonymous
    2:16 PM

    huuu PAS main2 TALAK..dalam politik ada juga TALAK. Fatwa baru ni..

  3. Anonymous
    2:48 PM

    Kalu betul pas keluar pakatan, pas perlu buktikan dgn bertanding di semua kawasan, lawan dgn dap, pkr dan bn.

  4. Anonymous
    3:48 PM

    Secara asasnya memang penting untuk Umno bersatu dgn pas. Tetapi Umno tdk boleh lagi mencorak politik cara lama dgn mengamalkan semangat bangsa iaitu fahaman assabiyah yg merupakan fahaman sejati yahudi. Assabiyah inilah yang mengekang kesuburan dakwah. Ianya suatu fahaman yang dilarang Islam. Apabila Allah mengharamkan sesuatu, sudah tentu ada sebab2 tertentu yang Allah lebih tahu.

    Kesedaran masyarakat terhadap Islam bukanlah disebabkan Pas tetapi itulah takdir namanya. Pas hanya cuba menegakkan syiar Islam, tetapi yg menggerakkan hati masyarakat TAK ADA KAITAN PUN DGN PAS, itu keputusan Allah. Kedai2 buku agama yg semakin laku akhir2 ini, itu pun bukanlah kerana Pas, tetapi itulah takdir Allah namanya. Keterbukaan hati masyarakat memilih Pas hanyalah suatu permulaan langkah transformasi mereka untuk menuju ke arah kenegaraan Islam. Itulah yang perlu Umno faham. Umno kena berubah dan menetapkan hala tuju yang sama. Matlamat hala tuju ke mana? Jawapannya ialah persediaan bagi memenuhi matlamat hala tuju PERJALANAN MENUJU AKHIRAT. Umno sememang benci yahudi, tetapi kekuatan “duniawi” dajjal diakhir zaman ini telah membuatkan mereka 'MENDIAM' seketika. Hasilnya mereka telah terlena dibuai oleh kemewahan dunia. Mata hati juga telah tertutup disebabkan terpesona dengan tipu daya syaitan yg licik. Namun itu bukanlah bermaksud mereka sudah terlewat untuk bangkit bersama-sama rakyat. Sebab segala yang berlaku tentu ada hikmahnya.

    Berbalik kpd situasi rakyat dan politik hari ini. Umno kena bergerak kehadapan seiring dengan ombak kesedaran rakyat. Kesedaran untuk memperbetulkan direction. Direction apakah itu? DIRECTION OF IMAN. Percayalah Umno tidak akan mampu mengekang ombak ini jika masih berkeras meneruskan ungkapan2 dakyah yang nampak seperti membela Islam zahirnya, tetapi lahirnya Islam itu sendiri telah terhina tanpa mereka sedar. Mengasingkan Islam dan politik itu salah satu contoh penghinaan terhadap Islam. Sedangkan hal sekecik menguap pun ada adab dan hukumnya dalam Islam, inikan pula politik. Mempersendakan Hudud Allah yg jelas didalam Al Quran itu juga satu contoh lain. Dalam bab ini jgn kaitkan Pas. Pas hanya “sebutkan” apa yang telah Allah pesan kepada hambanya. Alasan yg mengatakan itu hanya agenda politik juga tak ada kaitan. Ini kerana situasi orang Islam yang menolak dan mempersenda Hudud itu adalah jauh jauh jauh lebih besar agendanya disisi Allah berbanding term “isu yg dipolitikkan”.

    Banyak yang ingin saya tulis. Tetapi hanya akan saya sambung jika ada respon pembaca. Jika respon itu respon yg negative pun saya suka. InsyaAllah akan saya cuba sabar dan menerima. Ini kerana respon yg negative itu kadang kala adalah “ice breaker” untuk kita bersama aktifkan ‘jiwa yg baik’ yg selama ini tidur agar dapat berdebat dengan ‘jiwa yg kurang baik’ yg selama ini menguasai diri.

    Marilah kita tanam perasaan kasih sesama Muslim dan pada masa yg sama doakan juga cahaya hidayah untuk mereka2 yang kafir (selain yahudi yg dilaknak) agar terbuka hati mereka kepada Islam. Mereka tidak memilih untuk lahir diperut ibu yg bukan Islam, jadi tanggungjawab kitalah untuk membawa mereka kejalan yang benar, InsyaAllah.

  5. Tlg jelaskan ttg assobiyah dan hadis yg membicarakannya samada sahih atau tidak. T.ksh.

Post a Comment