Peluang Bertemu Artis Di Himpunan Jutaan Belia, Putrajaya


Neelofa Antara Artis Yang Dijangka
Akan Bersama-sama Dalam HBN 2012

Pengunjung karnival Himpunan Jutaan Belia Putrajaya yang akan berlangsung selama lima hari mulai Rabu ini berpeluang menemui beberapa artis yang mempunyai latar belakang pengajian undang-undang di gerai Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (Sukaguam).

Pengerusi Sukaguam, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata selain menawarkan khidmat nasihat berkaitan undang-undang kepada pengunjung khususnya golongan belia, program yang mendapat kerjasama Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) itu turut menampilkan ruang buat golongan artis berkenaan berinteraksi dengan para peminat.

Beliau berkata setiap hari 10 peminat bertuah akan dapat menemui artis berkenaan secara bersemuka, berbual mesra, mendapat nasihat atau mendengar sendiri pengalaman artis semasa mengikut pengajian undang-undang, mungkin untuk  kira-kira 45 minit.

"Bagi membuat temu janji dengan artis pada hari berkenaan, mereka yang
berminat boleh melawat Facebook Sukaguam dan kami akan buat pilihan dan tetapkan temu janji," katanya dalam satu persidangan media yang turut disertai Timbalan Presiden Seniman, Zed Zaidi di pejabat Sekretariat perhimpunan di Kementerian Belia dan Sukan di sini hari ini.

Difahamkan selain Zed Zaidi, antara artis yang sudah menyuarakan minat untuk menjayakan program itu ialah Fahrin Ahmad, Neelofa dan Ana Rafali. Khairul Anwar berkata gerai Sukaguam yang ditempatkan di sebelah Istana

Kehakiman akan dibuka dari pukul 9 pagi sehingga 5 petang dengan para artis serta petugas akan sentiasa berada di kawasan itu sepanjang tempoh berkenaan mengikut giliran.

Beliau berkata antara tugasan artis serta barisan peguam muda berkenaan adalah untuk memberi khidmat nasihat guaman secara sukarela berkaitan undang-undang sivil seperti hak pekerja, hak peniaga serta hak pengguna dan undang-undang syariah seperti nafkah, harta sepencarian, poligami dan mutaah.

Zed Zaidi berkata pihaknya juga akan berusaha mendapatkan kerjasama beberapa artis seperti Yuna, Lisa Surihani dan lain-lain lagi untuk menyertai program itu.

Beliau berkata Seniman yang berperanan melindungi artis dan selebriti
tempatan akan turut menerangkan kepada orang ramai mengenai garis panduan kemasukan artis luar ke dalam negara.
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment