Realiti & Fantasi Lynas

Kenapa pakatan rakyat diketuai DAP bersungguh2 memainkan isu Lynas?

Lynas adalah syarikat yang membuka kilang nadir bumi di Gebeng, Pahang.

Apa itu nadir bumi? Nadir bumi secara ringkasnya adalah unsur yang diperlukan untuk menghasilkan peralatan elektronik.

Hasil dari nadir bumi inilah kita akan dapat menghasilkan peralatan elektronik yang kecil dan ringan seperti ipod nano dan I phone.

Nadir bumi adalah kuasa untuk masa hadapan. Sama seperti petroleum pada sekarang ini.

Negara yang memproses nadir bumi pada masa hadapan mempunyai kuasa sama seperti negara yang memproses petroleum pada masa kini.

Buat masa ini, china mengeluarkan 97% jumlah keseluruhan nadir bumi.
Bayangkan kuasa monopoli yang ada pada negara china. Bayangkan jika suatu hari nanti china menggunakan kuasa monopoli untuk mengurangkan pengeluaran nadir bumi.

Kuasa yang sama seperti US ada apabila menghadkan pengeluaran petroleum pada zaman sekarang.

Atas alasan inilah pakatan rakyat yang diketuai DAP bersungguh2 memburukkan projek nadir bumi di malaysia.

Kita sebagai rakyat janganlah tertipu dengan permainan politik mereka. Sekiranya DAP jujur perjuangkan nasib penduduk gebeng, kenapa menolak jawatankuasa pilihan parlimen (PSC) yang diwujudkan untuk mengkaji isu Lynas.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment