"Saya terima dia sebagai menantu walaupun dia larikan anak saya" - Siti Zaleko


Ibu & Bapa Suriani: Siti Zaleho Wahab & Abdul Wahab Salleh 

“Saya tetap terima dia sebagai menantu walaupun dia melarikan anak saya. Mungkin jodoh mereka, yang penting dia pulang dengan selamat ke pangkuan keluarga,” kata Siti Zaleko Wahab, 51, mengenangkan nasib anak perempuannya yang dilarikan dan berkahwin pemuda Lombok, empat tahun lalu.

Katanya, walaupun masih terkejut, dia menerima seadanya kehadiran Madun, lelaki Lombok yang melarikan anaknya Suriani Abdul Wahab, 21 ke pulau berkenaan selepas berkenalan di kampung mereka di Ulu Bakai, Baling, Kedah.

Menurutnya, sebagai ibu, dia tetap mahu anaknya itu pulang dengan selamat bersama menantu dan cucunya berusia setahun biarpun hatinya masih sakit terutama apabila mengingatkan kejadian itu.

Suri rumah itu berkata, dia hanya mengetahui anaknya itu keluar rumah selepas menerima panggilan memintanya tidak bimbang dengan keselamatan selain sudah bersama Madun.

“Saya sempat menghubungi suami yang ketika itu bertugas di Pulau Pinang dan membuat laporan polis keesokannya di Balai Polis Malau kerana bimbang sesuatu tidak baik berlaku terhadapnya.

“Tidak lama kemudian, kami dimaklumkan jiran yang ternampak kelibat Su bersama lelaki itu di dalam bas ekspres menghala ibu negara dan sejak itu kami hanya berhubung dengannya melalui telefon," katanya.

Menurutnya, anaknya itu sering menghubungi adik-beradik lain untuk bertanya khabar dan memaklumkan tinggal bersama Madun di Desa Batu Layar, Kacamatan Batu Layar, Kampung Orong, Lombok Barat.

Katanya lagi, dia pernah bermimpi anak keempat daripada enam beradik itu pulang dua tahun lalu dan ia benar-benar memberi kesan sehinggakan dia bangun dan menanti di pintu rumah sebelum ditenangkan ahli keluarga.

“Puas kami berikhtiar membawanya pulang, namun buntu kerana masalah kewangan dan tidak tahu saluran betul sehingga diberitahu rakan bahawa Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dapat membantu,” katanya.

Suaminya, Abdul Wahab Salleh, 52 berkata, dia dan isterinya meminta bantuan Abdul Azeez hujung tahun lalu dan bersyukur apabila Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Baling itu bersetuju membantu.

“Saya dimaklumkan KP1M berhubung dengan pihak berkuasa Indonesia dan menyediakan dokumen untuk membawa pulang Su serta suami dan anaknya minggu depan. Terima kasih banyak, saya sekeluarga terhutang budi,” katanya yang merindui kelibat anaknya itu yang disifatkannya sebagai pendiam dan tidak banyak karenah.

Sementara itu, Abdul Azeez berkata, pihaknya akan ke Lombok Ahad ini untuk membawa pulang Su selepas perbincangan diadakan bersama pihak berkuasa negara itu sejak beberapa bulan lalu. Katanya, ini kes pertama membabitkan individu di dalam kawasan Parlimen Baling yang akan dibawa balik, dan merupakan kes ke-52 secara keseluruhan yang telah dibantu oleh Kelab Putera 1Malaysia.


Sahabat-Gunung: Insya-Allah, Sahabat-Gunung akan bersama-sama dalam misi membawa pulang adik Suriani Abdul Wahab. Doakan agar perjalanan dan misi membawa balik adik Suriani Abdul Wahab akan selamat dan berjaya.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

2 Komen

  1. Anonymous
    9:17 AM

    kenapa nak rosakkan rumahtangga orang, tak payah laa sesusah buat balik, dia pii keluar rumah utk kawin pemuda lombok pun atas keinginan sendiri bukan diculik.

  2. Anonymous
    1:08 PM

    Dia diambil balik bkn utk pisahkn dgn keluarganya tp memastikn khidupan keluarganya lbh baik brbnding di Lombok. Bkn dia sj yg akn d bawa tp keluarganya skli.

Post a Comment